Pengarah Kanan Yapeim Seleweng Dana Penduduk Miskin - SPRM...Harapkan Pagar Pagar Makan Padi

Inilah orang yang burukkan nama pada kerajaan Pusat...Dasar Manusia yang tidak harus dimaafkan.Kerajaan Pusat sudah salurkan untuk rakyat Termiskin...dan untuk kurangkan beban pada keluarga yang berpendapatan rendah.Dasar jahat.....Syabas SPRM Malaysia.

Pengarah Kanan Yayasan Pembagunan Islam Malaysia (Yapeim) disyaki bersubahat menyeleweng dana mencecah RM223,000 untuk program melibatkan golongan miskin.

Sumber memberitahu, suspek berusia 47 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan pecah amanah itu dengan kerjasama bekas timbalan presiden Yapeim kononnya untuk membantu penduduk kurang mampu di Rompin pada 2015.

Menurut sumber itu, wang tersebut sepatutnya diperuntukkan untuk sumbangan kepada 23 rumah serta bantuan wang tunai kepada 1,000 golongan fakir dan miskin.

Bagaimanapun, kata sumber itu, berdasarkan maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada seorang pun yang menerima wang sumbangan daripada program tersebut.

Susulan itu, suspek yang ditahan SPRM pada 25 April itu direman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan.

"Suspek disyaki melakukan kesalahan pecah amanah dengan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri.

"Suspek dipercayai telah mengemukakan nama-nama  penerima sumbangan dengan menggunakan maklumat kad pengenalan yang tidak wujud serta penama yang telah meninggal dunia sebelum program tersebut dijalankan," katanya.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment