Pendekatan Najib semakin berhasil....

Sabar,focus serta pengurusan hal ehwal negara secara berhemah dan bijaksana oleh YAB DATUK SERI NAJIB(DSN) kini membuahkan hasil yang membawa faedah yang besar kepada rakyat dan negara

Percubaan memfitnah secara berterusan, kempen membenci serta usaha menakut nakutkan rakyat dgn pelbagai cerita rekaan yg di tular meluas kini bukan saja tidak menjadi TETAPI semakin di tolak rakyat.

Keadaan ekonomi negara semakin mantap.Pelan Transformasi Ekonomi bukan saja "menjadi"tetapi kini membuah hasil lumayan.Metawang negara muncul mengukuh melebihi 3% menjadikannya THE BEST PERFORMING ASIAN CURRENCY"sejak awal tahun ini dan di jangka terus mengukuh.

Harga minyak dunia yg semakin meningkat melepasi paras kritikal dan kini melebihi unjuran belanjawan negara MEMBUAHKAN HASIL PENDAPATAN NEGARA YG SEMAKIN LUMAYAN

Istiqamah pelaksanaan GST dlm usaha mentransformasi sistem percukaian negara serta memperluaskan asas pendapatan negara bukan saja MELETAKKAN NEGARA PADA KATEGORI DAN RATING/PENARAFAN yg sangat baik tapi juga mengekalkan negara sebagai PUSAT DAGANG DAN PELABURAN yg menarik dlm perdagangan antara bangsa.Ia juga menjadikan ekonomi negara lebih "resilient"...berdaya tahan dan berdaya saing

Malah isu 1MDB yg disebut oleh PAC sebagai satu "Business model"yg salah telah mula di perbaiki secara penuh bertanggungjawab melalui pelan rasionalisasi yg cermat dan berjaya.Terbaru penyelesaian pertikaian IPIC-IMDB misalnya berjaya di sepakati secara "business deal"tanpa melibatkan dana kerajaan.Kejayaan demi kejayaan memulihkan 1MDB adalah igauan buruk bagi penentang kerajaan Yg berhasrat menjadikan 1MDB satu "Polong Politik"bagi menakutkan rakyat.Sebaliknya 1MDB bakal muncul sebagai satu entititi pelaburan strategik yg berjaya.

Dalam bidang diplomasi DSN meletakkan negara pada kedudukan terbaik dlm sejarah.Hunbungan dgn US,China,India,EEU,Saudi dll terus kukuh di bawah "NAJIBLOMATIC" yang cukup di hormati

Malah dalam konteks politik dalam negara DSN secara focus menjadikan UMNO paling stabil,padu dan terpenting kini melalui satu proses PENGUKUHAN ORGANISASI SERTA GERAK KERJA YG PALING TERSUSUN pernah kita lihat dlm sejarah UMNO

SITUASI Ini membolehkan usaha pemantapan solidarity BN yg semakin ketara.SIKAP DAN CARA WASATIYYAH DSN kini mula membentuk satu corak ORDER BARU politik negara yg BUKAN SAJA DAPAT MENYAINGI DAN MELEMAHKAN "Pakatan Harapan"yg di catur DAP,tetapi juga menjadikan PERPADUAN UMMAH yg semakin padu

Ringkasnya PIMPINAN DSN YG ISTIQAMAH,BERWASATIYYAH,serta keupayaannya mengerahkan segala pengalaman yg begitu lama di timba dibawah pimpinan terdahulu kini umpama SEGELAS PENAWAR DAN SEBIJI GELIGA bagi pelbagai masaalah negara

Berkat doa rakyat yg jujur lagi ikhlas serta kegigihan TEAM PRO RAKYAT pimpinan DSN,kita berharap situasi ini akan terus bertambah baik dan menuju kearah negara gemilang.RAKYAT BERHAK UTK MENDAPAT YG TERBAIK KERANA IA ADALAH DARI RAKYAT,OLEH RAKYAT,UNTUK RAKYAT dan kerana ALLAH SWT JUA...

WAMAKARU WAMAKARALLAH...WALLAHUKHAIRUL MAAKIRIIIN(Kita merancang dan ALLAH juga merancang..Dan perancangan ALLAHLAH yang terbaik sekali)
Tan Sri Annuar Musa
Ketua Penerangan
UMNO MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana