Pemimpin PKR dinasihatkan 'kunci mulut' isu Adam Rosly

Pemimpin PKR diminta tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan bersabit isu Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah berhubung kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Biro Politik PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar, apa sahaja pendirian berkenaan isu itu akan diputuskan mesyuarat dalaman parti nanti.

"Segala urusan berkaitan pendirian PKR, seeloknya dan sebetulnya diputuskan di dalam mesyuarat kepimpinan parti. Sama ada Mesyuarat Biro Politik atau mesyuarat Pimpinan PKR.

"Mana-mana pimpinan pun sebaiknya mengeluarkan ulasan, pendirian atau cadangan di dalam mesyuarat, bukan di khalayak ramai," katanya ringkas kepada Antarapos.

Terdahulu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengkritik Adam kerana terpalit dengan enam pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit pembelian sebuah banglo mewah di Ampang.

Rafizi juga meminta agar PKR mengambil tindakan ke atas Adam dan tidak bersikap pilih bulu dalam menyatakan sebarang pendirian terutama dalam isu salah guna wang dan kuasa.

Sementara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan pemimpin kanan parti itu, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid meminta semua pihak memberi ruang untuk Adam disiasat pihak berkuasa.

Isu kekayaan luar biasa yang dimiliki Adam mula menggamit perhatian selepas dibongkarkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Adam kemudiannya ditahan reman SPRM selepas dua kali disiasat, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM300,000.

Sepanjang penahanannya, rumah banglo serta beberapa buah kereta mewah yang dimilikinya disita SPRM.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment