Pembangkang 'tidak senang' dengan program Pemukiman MB Perak

Program Pemukiman Menteri Besar Perak dimana rakyat berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir dan para pegawai kanan kerajaan kini menjadi agenda terbaru pembangkang memanipulasinya dengan mendakwa ia mempunyai tujuan politik.

Konon ia semata-mata digunakan untuk tujuan pilihanraya; inilah gimik yang digendang pembangkang setiap kali mereka melihat program kerajaan berjaya dan rakyat tampil berpusu-pusu menyertai program-program berkenaan.

Dengan lain erti jika dihalusi umum dapat mengira bahawa pihak pembangkang di Perak mulai merasai kehilangan sokongan atau “grips” rakyat. Yang jelas mereka takut takut kehilangan sokongan rakyat.

Tetapi walaubagaimanapun Menteri Besar yang menyedari manipulasi berterusan dari pembangkang tidak peduli komentar sinis sebaliknya program yang memasuki tahun ketiga ini diteruskan kali ini Teluk Intan bermula seawal-awal 18 April selama lima hari.

Untuk rekod sejak Mac 2013,  enam buah daerah dipilih sebagai venuie program iaitu melibatkan daerah Hulu Perak, Kerian, Larut Matang dan Selama, kawasan Parlimen Larut, Kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Taiping, dan terakhir di Bagan Datok dan Perak Tengah, yang terakhri.

Yang menarik mengenai program pemukiman ialah kerajaan menuyediakan 100 hingga 140 program membabitkan semua peringkat jentera kerajaan serta disokong dengan kehadiran para Exco dalam program-program demikian.

Menteri Besar acapkali tidor di tapak program. Dan lebih manis apabila dalam setiap program Zambry turut tidor di masjid untuk program qiamulail dan solat Subuh berjemaah. Peluang orang ramai bersarapan tidak ketinggalan walaupun kelihatan hidangan lazim berupa juadah tempatan yang nyata sekali bukan masakan bertaraf hotel.

Kelihatan dalam sidang DUN kali ini isu pemukiman ini cuba disensasikan pembangkang seperti dalam soalan dikemukakan ADUN DAP dan PKR. Contohnya S. Kesavan (PKR-Hutan Melintang) dan soalan tambahan Chang Lih Kang (DAP-Teja)  pada sidang Dewan Negeri pada Isnin.

Kepada soalan berbangkit, Menteri Besar menjelaskan kerajaan negeri meneruskan program ini kelima lagi daerah termasuklah Hilir Perak yang akan berlangsung pada 18 hingga 22 April ini, Kuala Kangsar, Muallim, Batang Padang dan Manjung.

Beliau turut mengesahkan  tiada peruntukan khas atau tambahan bagi tujuan membiayai Program Permukiman Menteri Besar. Katanya ia melibatkan peruntukan tahunan sedia ada yang telah disalurkan kepada agensi dan jabatan, sama ada di peringkat negeri mahu Persekutuan.

Mengenai keberkesanan program, Zambry berkata pihaknya menambahbaiknya dari masa semasa ke semasa pada kadar perlu supaya ia benar-benar berkesan. Contoh penambahbaikkan program  termasuklah melanjutkan tempohnya kepada lima hari.

Pada masa sama katanya kerajaan turut menambahkan bilangan aktiviti dan acara bersama rakyat melibatkan semua anggota Exco kerajaan negeri serta jabatan dan agensi sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan supaya ia benar- benar memberikan impak yang dihasratkan.

Kepada pertanyaan wakil DAP, Menteri Besar berkata program permukiman  telah memberikan impak yang baik kepada kesejahteran rakyat dan pembangunan negeri.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa program ini bukan kempen pilihan raya seperti didakwa.Kerana katanya program ini bermula seawal-awal selepas PRU ke 13 yang lalu.

“Di samping menafikan tanggapan yang tidak berasas ini, saya turut tertanya-tanya apakah usaha pihak kerajaan menyelami dan menyelesaikan masalah rakyat boleh ditakrifkan sebagai berkempen, walhal ia mencerminkan kebertanggungjawaban sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

“Sebaliknya jika pula pihak kerajaan tidak ambil peduli dan tidak mendekati rakyat tentulah terjahan tanggapan yag dilontarkan tidak lain tidak bukan menuduh kerajaan tidak ambil berat terhadap rakyat,” katanya.

Beliau menyerah kepada rakyat menilai dan merekalah yang sebenarnya menjadi hakim dalam perkara ini.Beliau turut memberi jaminan program permukiman diteruskan kerana keberkesanannya dimana keutamaan diberikan kepada konsep 3P iaitu Padang, Perasaan dan Penyelesaian.

Melalui konsep ini katanya barisan kepimpinan kerajaan seperti pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi negeri serta Persekutuan turut mendekati rakyat secara langsung bertujuan menyelesaikan permasalahan rakyat di tempat tinggal mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana