“PAS TIDAK BERANI PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR” – MANTAN KETUA PEMUDA PAS

Ramai ahli PAS yakin, bahawa PAS mampu untuk bergerak sendirian. Kekuatan jentera dan khalayak, sememangnya benar bahawa PAS jauh lebih baik meninggalkan PKR, DAP dan Amanah.
Namun, apakah PAS benar-benar sudah bersedia untuk membuat keputusan nekad dengan bermufarakah dengan sekutu-sekutu DAP yang dilabel sebagai tidak menguntungkan Islam itu?
Bagi Suhaizan Kayat, mantan Ketua Pemuda PAS berkata walaupun gelombang penolakan semakin ketara, dia yakin bahawa PAS tidak mampu untuk membuat keputusan mutlak untuk memutuskan hubungan dengan PKR di muktamar PAS yang akan datang nanti. Bagaimana dia begitu yakin dengan kenyataannya itu?
Alasan yang diberi tentu sekali berdasarkan apa yang sedang berlaku di Selangor. Mengikut penjawat jawatan Setiausaha Organisasi PAN ini, ramalannya adalah berdasarkan hujah, ramai ADUN PAS di Selangor sudah biasa hidup dengan berkuasa dan disertakan pelbagai kemudahan termasuk gaji dan elaun puluhan ribu ringgit.
Secara jujur, kita tidak lah terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Suhaizat itu. Melalui pemerhatian sepanjang menjadi sebahagian dari kerajaan negeri Selangor, kita pun terlintas juga di fikiran akan beberapa kejadian yang berlaku kepada mereka yang dilihat condong untuk mengekalkan kuasa yang ada. Manisnya berkuasa, hanya mereka yang berada di singgahsana empuk lagi selesa itu sahaja yang tahu. Tak mungkin hendak dilepaskan begitu sahaja.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika sketsa “Pak Lebai” yang berlaku baru-baru ini dilihat suram tanpa tindak balas agresif dari ADUN PAS Selangor. Sedikit sebanyak, ia juga memberi bayangan tentang apa yang diperkatakan oleh Suhaizat.
Antara kita dan Suhaizat, tentunya Suhaizat lebih mengenali watak-watak di Selangor. Al maklum sahajalah, dulu pun dia sebahagian dari mereka.
Apapun, kita tunggu sahajalah muktamar PAS yang dijadualkan pada 29 April hingga 1 Mei 2017 di Alor Setar nanti. Sama-sama kita saksikan samada ramalan Suhaizat tepat atau ibarat “Husam Musa dengan keretapi lajunya”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana