PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan politiknya sendiri

UMNO Pulau Pinang tidak terkejut dengan tindakan kesemua 13 PAS kawasan di negeri itu mengusulkan PAS Pusat memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sambil menasihati agar PAS lebih berhati-hati memilih rakan politik pada masa depan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan-rakan politiknya dalam pakatan pembangkang.
“Mereka (PAS) telah berkerja keras untuk membantu DAP dan PKR menang dua penggal iaitu 2008 dan 2013 (di Pulau Pinang) tetapi lihat sekarang apa yang mereka dapat. Saya kasihan dengan nasib mereka,” katanya.
Zainal Abidin mengulas keputusan semua 13 PAS kawasan di negeri ini yang secara sebulat suara meluluskan usul menamatkan kerjasama politik dengan PKR dalam muktamar tahunan masing-masing.
Mengulas lanjut beliau berkata, hubungan PAS dengan UMNO negeri sentiasa baik selama ini dan kedua-dua parti bekerjasama dalam hal-hal ummah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana