PAS sila keluar dari kerajaan Selangor jika putuskan hubungan - SUA PKR

Penasihat kerajaan DAP Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersilakan PAS keluar dari kerajaan Selangor jika sekiranya ada keputusan muktamat untuk memutuskan hubungan dengan parti itu.

Menurutnya, PKR tidak akan terkejut, malah akan menghormati keputusan Muktamar PAS tetapi berkata ia perlu disusuli dengan peletakan jawatan semua ahli PAS yang kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor.

“Adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana jika PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan Keadilan (PKR) secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan,” kata Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, tidak masuk akal sekiranya PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.

Saifuddin merupakan bekas calon Timbalan Presiden PKR sebelum kalah dengan Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau 'menyepi' daripada kegiatan parti sebelum diumumkan menjadi penasihat kerajaan DAP Pulau Pinang.

Semalam, Muktamar Dewan Ulama PAS meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan “tahaluf siyasi”, istilah Arab yang diguna pemimpin PAS bagi merujuk kerjasama politik dengan parti lain.

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” menurut usul dikemukakan Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.

PKR antaranya dituduh tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Usul itu hampir pasti diluluskan secara rasmi hari ini. Muktamar PAS kali ini yang diadakan di Alor Setar dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan, dan akan berakhir 1 Mei.

Saifuddin berkata PKR tidak terkejut sekiranya usul itu diluluskan hari ini, bagaimanapun kesal dengan tuduhan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.

PAS masih sebahagian daripada pentadbiran Selangor, walaupun parti itu enggan menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP, yang juga merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.

Tiga exco dari PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menghadiri Muktamar Pemuda PAS, berkata parti itu tidak berhasrat menyertai kerajaan negeri Selangor melibatkan DAP sekiranya Pakatan Harapan menang di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana