PAS punca pembangkang kalah pada PRU14, dakwa Tun M...Madey Nak Ugut PAS Plak

 Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila PAS enggan bersama dengan Pakatan Harapan (PH), demikian menurut Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, berdasarkan pencapaian PAS dalam pilihan raya terdahulu, ketika parti itu bertanding secara bersendirian, parti Islam itu tidak akan menang besar walaupun ia meletak sasaran bertanding 80 kerusi.

Menulis di blognya, CheDet, Dr Mahathir juga percaya PAS hanya sekadar sebuah parti yang memecahbelahkan orang Melayu yang akhirnya menyebabkan kuasa politik Melayu berkurangan.

"Pencapaian PAS selama ia ditubuh, harapan untuk memerintah di peringkat pusat tidak ada sama sekali. Hanya diwaktu menyertai Barisan Nasional sahaja yang PAS menjadi parti kecil dalam kerajaan pusat.

"Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.

"Sekarang PAS akan sekali lagi bertanding bersendirian. Mengikut rekod PAS yang tertera di atas, jika PAS bertanding sebanyak 80 kawasan Parlimen, pencapaian mungkin tidak lebih dari 15 kerusi.

"Kebanyakan dari 80 kawasan ini, PAS tahu PAS akan kalah. Tetapi mengikut adat PAS, di kawasan yang PAS tidak ada harapan langsung pun, PAS akan bertanding.

"Secara teknikal PAS melawan Umno-BN, selain dari melawan parti-parti lain yang meletak calon.

"Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (UMNO). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah," demikian memetik tulisannya.

Dr Mahathir juga mendakwa PAS sanggup berbelanja lebih duit bagi memastikan kemenangan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Secara langsung PAS berusaha, membelanja wang yang tidak sedikit untuk memberi kemenangan kepada BN dan Dato Sri Najib.

"Jika dikatakan PAS di bawah pimpinan Hj Hadi menyokong kepimpinan Najib, ia bukanlah keterlaluan. Ia memang benar," katanya lagi.

Sehingga kini rundingan antara PAS dan PPBM menemui jalan buntu selepas parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertegas untuk tidak mengadakan dengan parti yang mempunyai hubungan dengan seterunya, DAP dan Amanah.

Semalam, Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor memaklumkan kesediaan partinya meneruskan rundingan dengan PAS, jika ia masih mahu berbuat demikian, sebaik sahaja parti itu memutuskan pendirian terbaru menerusi muktamar penghujung bulan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana