PAS perlu saman Sarawak Report untuk bersihkan namanya

 Tindakan PAS memfailkan saman kepada portal Sarawak Report wajar dan kena pada masanya untuk membersihkan nama baik parti tersebut.

Penganalisis politik Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, PAS tiada cara lain untuk meyakinkan semua pihak bahawa partinya langsung tidak menerima dana RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seperti yang didakwa portal itu.

“Saya rasa ini satu perkara yang wajar diambil tindakan oleh pihak pas kerana ianya telah menjejaskan nama baik parti berkenaan kerana tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report ini.

“Jadi apabila kes ini dibawa ke mahkamah sudah pasti Sarawak Report mestilah mempertahankan dakwaannya jika dia percaya dakwaan dia betul tetapi jika Sarawak Report tidak dapat pertahankan dakwaan dia maka sudah tentu Sarawak Report terpaksa mengambil risiko membayar ganti rugi kepada PAS,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata, saman yang dikemukakan PAS itu akan menghalang mana-mana pihak daripada menjadikan isu dana RM90 juta itu sebagai 'senjata' untuk menyerang parti itu.

Pemimpin PAS sebelum ini menafikan laporan portal itu namun seteru politik parti itu tetap menyerang mereka menggunakan isu tersebut.

Terbaru, pendedahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya pemimpin PAS menerima dana daripada 1MDB, sebelum mengubah kenyataan kepada 'bekas pemimpin PAS menerima dana daripada Najib'.

“Sekurang-kurangnya jadi bila dia (PAS) saman maka kes itu akan jadi kes mahkamah dan sekaligus mana-mana pihak tidak boleh gunakan laporan Sarawak Report ini untuk menghentam PAS dalam pilihan raya kerana dia menjadi “sub judice” kepada kes mahkamah.

“Bila kes ini jadi kes mahkamah jadi semua pihak mesti menghormati prosedur mahkamah dan tidak menjadikan isu ini sebagai isu politik” katanya.

Untuk rekod, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 21 April lepas memfailkan saman kepada portal dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana