PAS beri amaran kepada PH jangan kacau 80 kerusi sasaran

PAS memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) agar tidak 'mengacau' di 80 kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika PAS menentang Umno.

"PAS bertanding di 80 kerusi Melayu berhadapan dengan Umno.

"Pakatan Harapan jangan masuk. (PAN) Amanah jangan masuk. PPBM pun jangan masuk.

"PKR bertanding di kerusi mereka PRU13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isu agihan kerusi sesama pembangkang masih belum selesai, selepas PAS menyatakan keengganan untuk bekerjasama dengan gabungan PH bagi mewujudkan pertandingan satu lawan satu.

PAS juga berkali-kali menegaskan enggan mengadakan hubungan politik dengan parti yang menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah.    
PAS sebaliknya menegaskan akan terus bersama Gagasan Sejahtera, blok ketiga yang diwujudkan dengan Parti Ikatatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa).

Khairuddin dalam pada itu juga menyatakan kebimbangan sekiranya PH tidak 'menghormati' pendirian mereka bersabit soal kerusi.

"Tapi bersediakah Amanah untuk tidak bertanding pilihan raya?

"Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada Amanah di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada PRU ke 13?" soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana