PARTI GILER KUASA DAN KRONI!!!!!! ADAKAH PARTI SERPIHAN RELEVAN DALAM POLITIK NEGARA?

Dengan lanskap politik negara yang sama sekali berbeza berbanding dahulu, adakah tanggapan parti serpihan tidak akan kekal lama masih lagi relevan? Namun yang demikian kemunculan 2 parti serpihan baru iaitu AMANAH daripada PAS dan PPBM daripada UMNO, memperlihatkan senario politik baru dalam politik negara. Masa depan parti ini sebenarnya bagaikan telur di hujung tanduk.

Tidak mustahil kemunculan parti AMANAH dan PPBM akan mendapat nasib yang serupa seperti Semangat 46 yang berkubur pada usia muda, manakala Parti Negara tidak mendapat sokongan ramai.Kemunculan Amanah dan parti baru Tun Dr. Mahathir dari PPBM yang bakal ditubuhkan tidak akan dapat menggugat parti asal mereka yang sudah wujud sejak sekian lama dengan tradisi yang panjang.

Ini kerana untuk kekal lama, parti politik perlu ada penyokong yang ramai untuk mewujudkan asas kesetiaan yang tuntas, serta prinsip yang jelas. Katalah apa pun kepada UMNO, prinsipnya jelas perjuangkan Melayu. PAS pula sudah kembali kepada perjuangan Islamnya. Faktor ini lah yang menyebabkan parti-parti serpihannya susah untuk naik, apatah lagi ingin bertahan lama.

Kebanyakan ahli yang keluar seperti dalam Kes parti UMNO, mereka masih melihat parti Melayu itu sebagai parti induk mereka. Lihat saja contoh terbaik sejarah politik di Malaysia, selepas meninggalkan UMNO pada 26 Ogos 1951, Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya pada 1952 dan Parti Negara pada 1954. Kedua-duanya gagal memberikan cabaran kepada parti yang diasaskannya sendiri.

Pada 14 Julai 2016, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengumumkan sebuah parti baru akan ditubuhkan bagi mewujudkan gabungan pembangkang yang lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Parti itu dikatakan bakal dikemudi bekas pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Kita sedar bahawa Amanah berbeza dengan PAS dari segi ideologi. Ia adalah parti Muslim demokrat yang bercakap tentang maqasid syariah, manakala PAS kekal sebagai parti Muslim nasionalis yang mahukan pelaksanaan undang-undang syariah secara harfiah (literal).

Parti baru Mahathir pula lebih bermotifkan anti-Najib semata-mata, itulah punca kegagalan Deklarasi Rakyat. Parti-parti serpihan ini tidak menunjukkan objektif sebenar penubuhannya . Mereka tidak pernah mengutarakan keupayaannya menangani isu Melayu sebaliknya hanya mengejar kemenangan untuk menjatuhkan Kerajaan. Inilah yang gagal ditangani PKR, PAS, Amanah dan DAP sebelum ini. Tidak mustahil parti-parti serpihan ini akan menerima nasib yang sama dengan parti-parti yang pernah kecundang dan berjinak-jinak dalam politik negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana