PAN saran PAS bertanding hanya di Kelantan dan Terengganu....Giler Ker PAN ni

Bekas Ketua Pemuda PAS yag kini Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat menyarankan PAS cuma bertanding di Kelantan dan Terengganu dalam pilihanraya umum Ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, PAS wajar mengambil langkah tersebut berdasarkan hasil kajian Invoke Malaysia iaitu sebuah badan yang diasaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mendapati PAS adalah sebuah parti yang ditolak oleh majoriti rakyat.

“Dalam pembentangan hasil kajian Invoke oleh Rafizi, PAS akan dapat corot undi di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu.

“Dalam PRU14 lebih baik PAS fokus di dua negeri tersebut sahaja. Dapat memerintah kedua-duanya. Negeri lain serah kepada Pakatan Harapan. Inilah cara terbaik untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan media.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam pembentangan hasil kajian oleh organisasinya sendiri tersebut berkata, kaji selidik itu mendapati PAN akan mengatasi PAS dalam PRU14.

Sebilangan pihak bagaimanapun berpandangan hasil kajian itu kurang meyakinkan kerana ia dilaksanakan oleh sebuah entiti yang berkecendurangan memenangkan Pakatan Harapan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment