PAN PERSOAL MENGAPA PAS BELUM “CERAIKAN” PKR

Parti Amanah Negara (PAN) bertindak mempersoalkan mengapa sehingga kini PAS masih belum memutuskan pendirian parti itu sama ada mahu memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau sebaliknya.

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat mempertikaikan kelewatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama PAS yang sehingga kini masih tiada kata putus dan belum meluluskan usul tersebut bagi mengelakkan perbahasan yang sia-sia.

“Saya pernah menjadi Jawatankuasa Usul PAS lebih lima kali. Saya berpandangan usul-usul itu akan diproses. Biasanya oleh Ketua Penerangan PAS Pusat. Bagi mengelakkan perbahasan yang merugikan PAS maka akan diterima tanpa bahas semua usul-usul tersebut.

“Kemudian keputusan itu diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS. Maka pihak kawasan dan pemuda akan berdiam diri tanda hormat,” katanya.

Justeru itu, beliau menyifatkan bahawa sikap Majlis Syura Ulama PAS yang sengaja melengah-lengahkan proses meluluskan usul tersebut sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah disebabkan faktor wang dan kuasa.

“Maka terselamatlah kuasa, kemudahan dan gaji puluhan ribu pemimpin PAS di Selangor. Inilah teknik melambatkan masa bagi menyelamatkan kuasa PAS di Selangor,” ujarnya.

Terdahulu, ahli di pelbagai peringkat akar umbi bertindak mengemukakan usuk kepada PAS supaya memutuskan hubungan Tahaluf Siyasi dengan PKR ekoran tindakan parti tersebut yang tidak menghormati parti Islam tersebut.

Selain itu, PAS juga sebelum ini menyatakan ura-ura untuk enggan terus bekerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ekoran dua parti berkenaan yang tidak mengendahkan pelawaan PAS menyertai Gagasan Sejahtera, namun lebih selesa bersama Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana