PAKATAN KUCAR KACIR TANPA PAS DI PRU14

Penganalisis politik, Azizi Safar menyifatkan tanpa PAS, parti-parti Pakatan Harapan akan menghadapi masalah dalam pilihanraya umum yang akan datang tak lama lagi terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah penganalisis politik itu juga menyifatkan parti rasis dan cauvinis DAP pun akan terkesan tanpa sokongan parti Islam itu.

“Tetapi, antara PKR dan DAP, PKR lah yang akan paling terkesan apabila PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

“Walaupun PAS belum membuat keputusan rasmi untuk memutuskan hubungan dengan PKR, namun pendirian PAS mutakhir ini jelas ke arah memutuskan hubungan dengan semua parti yang bersekutu dengan DAP dan PAN.

“PKR merupakan salah satu parti tersebut,” katanya.

Azizi Safar berkata Ahli Parlimen Pandan dari PKR, Rafizi Ramli tentunya sudah boleh merasakan akibat yang berkemungkinan terhasil sekiranya PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan PKR.

“Ini yang sebabnya Rafizi melakukan serangan terkini terhadap pimpinan PAS.

“Matlamat Rafizi supaya kredibiliti pimpinan PAS musnah dan sekaligus mengurangkan sokongan terhadap PAS sekiranya berlaku pertandingan tiga-penjuru melibatkan PKR-PAS-Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang (PRU14),” katanya.

Tambah beliau lagi, pembentangan RUU 355 oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga turut memerangkap PKR dan ini tentunya tidak disenangi oleh fraksi Rafizi dalam PKR yang menampakkan pendirian tidak selari dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan pertama kali bertanding dalam PRU14. PAN adalah sepihan PAS, manakala Pribumi adalah serpihan UMNO.

“PKR, DAP, PAN, dan mungkin juga Pribumi akan memperhebatkan serangan terhadap PAS yang dilihat mesra BN-UMNO mutakhir ini.

“Apatah lagi, perancangan mereka untuk singkir Hadi tidak berjaya apabila beliau mempertahankan jawatan presiden PAS tanpa bertanding,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana