Orang Islam harus boikot DAP demi agama.. – Pemuda PAS

Bagi menghentikan kekejaman dan penolakan agama yang dilakukan oleh pemerintahan parti DAP kepada orang Islam khususnya, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menggesa orang Melayu supaya memboikot corak pemerintahan yang dibawa DAP dan seterusnya menghentikan sokongan masyarakat terhadap parti tersebut.

“Umat Islam perlu bangkit secara besar-besaran menolak DAP dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya.

Perangai buruk DAP semakin hari semakin menonjol apabila pada isu yang lepas ahli parti berkenaan dengan lantangnya mengutuk langkah kerajaan yang mahu membela nasib saudara Islam kita, yakni Palestin dengan cara tidak membenarkan dua atlet luncur angin Israel daripada menyertai satu pertandingan di Langkawi, Kedah. Tindakan tersebut sebagai tanda protes serangan Israel terhadap negara Islam.

“Tindakan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin menyelar kerajaan Malaysia menafikan visa dua peserta luncur angin Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi mencerminkan sikap sebenar DAP dalam isu Palestin.

“Kenyataan Chong Zhemin itu merupakan gambaran sikap DAP yang pro-Israel,” katanya.

Tindakan yang diambil oleh kerajaan itu adalah sangat patut dan wajar disokong penuh kerana ianya sebagai tanda menolak kezaliman. Tindakan berani kerajaan bertindak sedemikian juga wajar diberi pujian kerana ia bukan bertujuan mempolitikkan sukan seperti yang didakwa pemimpin DAP itu.

“Apa yang perlu difahami oleh DAP isu Palestin bukan isu politik dan peribadi, tetapi ia isu kemanusiaan. Tidak membenarkan atlit Israel daripada memasuki negara ini merupakan langkat tepat.

“Kerajaan Malaysia berhak menerima pujian dalam perkara ini,” katanya.

DAP harus sedar bahawa hubungan diplomatik yang dijalinkan antara Malaysia dan Israel telah lama putus. Maka tindakan memboikot segala benda yang berkaitan dengan Israel adalah patut sebagai tanda benci terhadap rejim zionis yang terus melakukan keganasan di Palestin.

Jika DAP masih berdegil dan mahu terus menyokong tindakan Israel, maka umat Islam di negara ini tidak akan teragak-agak untuk turut sama memboikot DAP. Ditambah pula sikap DAP yang kejam dan zalim persis rejim zionis, jadi wajarlah kita ‘membunuh’ DAP dengan cara memusnahkan sokongan yang diberikan selama ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment