OH MUHYIDDIN: TAK FAHAM 1MDB TETAPI MAHU KELUARKAN KENYATAAN JUGA

Terkekek-kekek, getaran suara yang singgah di halwa telinga. Bukan seorang, tetapi berjemaah, bersetuju dengan satu perkara, iaitu “bagaimana seorang yang sering berkata tiada maklumat dan tidak tahu tentang 1MDB mampu mengeluarkan kenyataan berhubung dengan syarikat itu”.

Logik juga gelak tawa mereka, kerana jika diimbas kembali, Muhyiddin adalah individu yang pernah mendakwa dirinya tidak ada maklumat tentang 1MDB, dan terpaksa membaca The Edge untuk memahami isu tersebut. Lucu, kerana beliau merupakan anggota Jemaah Menteri yang meluluskan penubuhan 1MDB pada tahun 2009 dan merupakan antara anggota Dewan Rakyat yang meluluskan peranan 1MDB bagi menarik pelaburan asing dari Asia Barat, China dan India seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009,”

Beliau juga pernah mendakwa bahawa kabinet hanya diberi 5 minit untuk membaca buku “factsheet” 1MDB, sebelum ditempelak oleh Rahman Dahlan bahawa buku tersebut tidak diambil semula dan boleh dibawah pulang! Itu belum diambil kira dari surat oleh menteri kewangan kedua (MK2) yang memaklum sebarang pertanyaan tambahan tentang 1MDB, boleh diajukan kepada beliau secara bertulis.

Pada April 2016, Muhyiddin pernah juga cuba menjadi hero, dengan mengutarakan 17 hujah berkenaan 1MDB, yang apabila diselidik dan difahami, sangat hampir sama dengan soalan lazim Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang telah dijawab berkali-kali oleh 1MDB. Kira jenis “copypaste” dan “edit” jugalah tu..

Terbaru, Muhyiddin sekali lagi mengeluarkan kenyataan tentang 1MDB. Kali ini, entah dari sumber mana pula dia “recylce” dan “re-edit” kenyataan tersebut.

Kita raikan sahajalah, sungguhpun kita tahu beliau memang tidak faham tentang 1MDB. Apapun, sebagai ahli politik, memang perlu opportunis. Di saat partinya sedang karam gara-gara berebut kemudi, tiba-tiba muncul kembali perihal 1MDB. Apa lagi, tumpang sekaki lah…

“Diversion”, itu adalah taktik yang sedang digunakan oleh Muhyiddin ketika ini, dalam usahanya untuk mengalihkan perhatian media dan rakyat tentang masalah besar yang sedang dihadapinya selaku presiden parti. Apa hendak dikatakan lagi, kerana Muhyiddin bukan ber”bin”kan Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana