Nurul Izzah malu nak mengaku GST baik untuk ekonomi - Fahariyah

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dinasihatkan untuk berhenti bermain 'kong kali kong' memperbodohkan rakyat dan putar alam berkaitan kenyataannya tentang isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata Nurul Izzah dilihat cuba 'menjernihkan’ keadaan dengan mengelirukan rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba "memesongkan perhatian daripada salah urus mereka terhadap sumber awam melalui berita palsu".

"Saya menyeru kepada rakyat untuk berfikiran matang dan tidak mudah mempercayai apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang kerana telah banyak terbukti kenyataan mereka hanya satu manipulasi mengelirukan rakyat bagi menyemai sentimen kebencian kepada kerajaan sedia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Saya juga mencadangkan agar Nurul Izzah memohon maaf kepada penyokong mereka yang telah bermati-matian berdemonstrasi di jalanan membantah GST kerana rupanya jauh di sanubari pembangkang, mereka juga mahu melaksanakan GST, " katanya dalam satu kenyataannya pada Rabu.

Tambahnya, rakyat sudah muak dan jelik dengan sandiwara politik pembangkang yang sering mengeluarkan kenyataan tidak serupa bikin dan kemudian menyalahkan orang lain tanpa segan silu.

"Pembangkang sebenarnya malu untuk mengakui hakikat sebenar bahawa pelaksaan GST adalah maknisme terbaik demi ekonomi negara," katanya.

Fahariyah berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nurul Izzah yang membuat pusingan U apabila mengeluarkan kenyataan mengatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika berjaya menawan Putrajaya pada PRU14.

Masih ingin mengumpan rakyat dengan janji kosong, Nurul Izzah mendakwa kononnya Pakatan Harapan tidak akan akan meneruskan peratusan semasa yang sangat “tinggi”.

“Kami sedar tentang kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.

“Kita tidak akan mengenakan apa-apa peratusan yang tinggi dan membebankan rakyat,” katanya ketika berucap semasa ceramah anjuran Parti Pribumi Bumiputera Malaysia (PPBM) di Pulau Pinang.

Jika dilihat nada ini, ia berbeza sekali dengan pandangan awal pakatan pembangkang, yang sebelum ini begitu menegaskan bahawa ia akan menghapuskan GST jika ia mengambil Putrajaya.

Jika imbas kembali, pakatan pembangkang yang begitu mengkritik pelaksanaan GST telah pun menganjurkan perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur pada April lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana