Nga Kor Ming sudah hilang intergriti - Zambry

Entah apa dia mahu lagi, pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming tidak habis-habis cuba mempolitikkan isu MB Inc., walaupun menyedari ia seperti anjing menyalak bukit.

Sebelum itu beliau telah beberapa kali membawa isu ini ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mendesak kerajaan mengarah MB Inc., mengisytihar akaun kewangan, kemudian beliau mendedahkan konon “pegawai kerajaan” membekalnya maklumat, begitu juga lah kali ini.

Terbaru beliau mencabar Menteri Besar mendedahkan secara terperinchi butiran yang melibatkan MB Inc., dalam masa 24 jam. Katanya tindakan itu perlu dibuat memandangkan semua persoalan yang dibangkitkan dalam sidang DUN sebelum ini dihalang.

Lucu juga apabila beliau menggunakan perkataan “dihalang” kerana sepanjang sidang DUN lalu bahkan dalam siding media selepas sidang DUN, beliau mempelbagaikan “serangan”dengan pelbagai dakwaan.

Bukan sahaja Menteri Besar menjawab, juga Exco. Turut menjawab ialah CEO MB  Inc.,Datuk Aminuddin Hashim.

Pun begitu beliau tidak puas hati sehingga mengeluarkan cabaran agar Menteri Besar ikut telunjuknya.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika mengulas desakan terbaru Kor Ming berkata beliau tidak akan melayan permintaan Pengerusi DAP Perak itu. “ . . .  Nga telah hilang integriti kerana berbohong semasa sidang DUN.

Beliau memberitahu media baru-baru ini,:“Dia telah berbohong di dalam Dewan, apa lagi yang dia mahu. Maknanya, dari segi intergriti dia sudah hilang.

“Dia berbohong dalam Dewan dan terus bercakap yang kononnya dia manusia paling punya intergriti.

“Apa lagi yang kita hendak dari orang yang seperti ini, jadi saya tidak perlu jawap permintaan dia,” katanya.

Sementara itu ketika berlangsung program pemukiman MB Perak yang berakhir Sabtu lepas,  MB Inc mengadakan majlis kenduri ramah mesra bersama penduduk Kampung Banjar, di sini bersempena Pemukiman MB Perak yang berlangsung di Masjid Kg Banjar.

Turut sama dalam majlis ialah  Penghulu Kg Banjar Mokhtar, Pengerusi Masjid Kg Banjar Hulaimy, Imam Masjid Kg Banjar Basri Jaafar, Ayub Basri dan beberapa wakil ketua-ketua kampung.

Ia merupakan sebahagian majlis CSR atau program tanggungjawab sosial  MB Inc. Banyak lagi program anjuran MB Inc., bagi membantu rakyat termasuklah majlis kenduri ramah mesra bersama rakyat Negeri Perak, majlis berbuka puasa bersama Penduduk Kampung, program balik sekolah dan lain-lain lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana