NETIZEN MARAH IKLAN ASTRO BAKAR, PECAH SKRIN TV GANAS

Sebuah iklan yang baik dan menyentuh hati akan terpahat dalam fikiran penonton untuk tempoh lama. Tetapi, jika sebaliknya berlaku, maka akan timbul seribu satu kritikan daripada orang ramai.


Selaku penyedia hiburan, sesebuah syarikat itu perlu berhati-hati dengan isi kandungan siarannya bagi mengelakkan kandungan terpesong dan seterusnya menimbulkan sensitiviti dan menyebabkan etika dipersoalkan.


Stesen televisyen berbayar, Astro misalnya dikecam ekoran iklan seorang wanita memecahkan kaca televisyen dengan tukul serta seorang lelaki membakar televisyen.


Iklan Astro On The Go itu sebenarnya bertujuan mempromosikan alternatif lain kepada penonton, selain televisyen ketika menonton siarannya.

Justeru, pelanggannya kini mempunyai pilihan lain untuk menonton siarannya menerusi peralatan elektronik lain seperti komputer, komputer riba, iPad dan telefon pintar dengan hanya menggunakan kata laluan dan akaun pendaftaran masing-masing.


Namun, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana berpendapat iklan tersebut ganas dan melampau dengan aksi berbahaya.





“Aku xtau la idea sapa yg buat iklan astro pecahkan kaca tv guna hammer. Pastu bakar tv. Elok sgt ke dok buat iklan mcm tu dok tunjuk rosak harta benda? Rasaya xperlu kot. Cari la idea lain. Hurmmmmm…,” tulis Wafly Munirah.
“Suddenly last night a girl appeared with a hammer and break something…i thought it was new promotion as well..stop all Ur stupid ads Astro..” tulis Magen Nadarajan dalam Facebooknya.


“ASTRO…using HAMMER..to break TV screen…gosh….!!!!!!..teaching our young ones such behaviour,” tulis Lucy Chin.

Ramai ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak kecil di rumah risau iklan tersebut boleh mempengaruhi kanak-kanak bertindak ganas dengan memecahkan skrin televisyen di rumah.


“Kenapalah iklan Astro sekarang ni. Umie risau kakak akan ambil hammer then ketuk TV,” tulis Sarah Shariff di Facebooknya.


Ada juga ibu bapa yang berkongsi pengalaman anak mereka terpengaruh dengan iklan itu dan cuba berbuat demikian.


“Iklan astro on the Go hat guna hammer ketuk cermin sampai pecah tu.. Ahmad Hadiff tengok semalam beberapa kali.. Pagi ni.. Dia ambik hand phone ketuk ketuk kat TV….tak bagus la iklan tu.. Hat Iklan bakaq Tv pon sama jugk Budak budak tgok x bagus.. Depa akan buat experiment,” tulis Noremee Hamid.


Mungkin Astro perlu menilai semula iklan itu selepas kritikan pelbagai pihak.


Setakat ini, FMT Ohsem tidak nampak sebarang maklum balas daripada Astro terhadap aduan netizen berhubung iklan tersebut di media sosial. Diharapkan syarikat itu akan mengambil tindakan segera bagi menghentikan kemarahan orang ramai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana