Melayu perlu bersatu di bawah Najib

Orang Melayu di negara ini diminta terus bersatu menyokong pentadbiran dan transformasi yang sedang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri S. Nallakaruppan berkata, sebelum ini orang Me­layu telah berpecah akibat pelbagai pandangan politik terutama semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kini ti­balah masanya untuk orang Melayu bersatu demi memberikan mandat seterusnya kepada Perdana Menteri mentadbir negara mengikut acuan yang sedang dilaksanakan ketika ini.

“Program Transformasi Nasional (TN50) misalnya adalah inisiatif kerajaan yang terbaik bagi membentuk generasi akan datang untuk terus bersatu demi mencapai kemajuan,” katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Presi­den Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) berkata, apa yang telah dilaksanakan oleh Najib membuktikan komitmen beliau menyatukan semua kaum terutamanya orang Me­layu bagi masa depan negara yang lebih cemerlang.

Menurutnya, selama 22 tahun pentadbiran Dr. Mahathir, orang Melayu telah berpecah kepada banyak kelompok hinggakan sukar untuk diperbaiki perhubungan tersebut.

Tambahnya, pelbagai perkara juga dilaksanakan oleh Najib selain program transformasi yang dilihat benar-benar ingin menya­tupadukan rakyat.

“Apa yang dilakukan beliau kini harus disambut baik oleh semua kaum terutamanya dalam kalangan orang Melayu,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana