MAHATHIR TIDAK BOLEH KENA KRITIK, SIAPA KRITIK BELIAU SILA KELUAR PPBM....!!!

Jika tidak ego bukan Mahathir Mohamad lah namanya… Sifat super ego yang ada pada Pengerusi PPBM itu semakin ketara jelasnya apabila dia pada Rabu 26 April 2017 meminta mana-mana ahli PPBM yang tidak mahu mengikut cakapnya supaya keluar meninggalkan parti itu.

Menurut Mahathir, mereka yang hanya tahu mengkritik perlu keluar sahaja dari parti serpihan Umno tersebut.

Ini menunjukkan bahawa Mahathir tidak tahan dikritik oleh ahli sendiri walaupun kepada tindakan-tindakan songsang dan menyalahi perlembagaan parti sendiri.

Kenyataannya itu dibuat selepas salah seorang pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti minggu lalu.

Kamarul Azman berkata, beliau kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat terpesong serta mendakwa PPBM kini mengamalkan kronisme dan ‘kasta’. Bagaimanapun ini dinafikan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Mahathir, sebelum ini, mengakui bahawa terdapat beberapa masalah berhubung dengan peraturan parti itu tetapi berkata, masalah berkenaan sedang diselesaikan. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment