Madey buat kenyataan mengatakan..... Kita perlu bina lebih banyak HIGHWAY Daripada membina ECRL

Barangkali Tun M sudah ketinggalan di dalam kajiannya.
Atau mungkin Tun sudah LUPA.
Eropah Barat (Western Europe) mempunyai rangkaian keretapi dan pengangkutan awam yang TERBAIK di dunia.
Oleh kerana, bandaraya2 mereka banyak mengandungi peninggalan bersejarah
Negara-negara Eropah amat prihatin membendungi peningkatan trafik di dalam bandar.
Mereka juga menyediakan jaringan keretapi di antara bandar dan di antara negara yang amat tersusun.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa jaringan jalan keretapi adalah lebih baik daripada jalanraya kerana:-
1. Penggunaan petrol dan sumber tenaga yang lebih efisyen.
2. Mengurangkan kesesakan jalanraya.
3. Lebih murah untuk para pengguna.
4. Jumlah kereta akan terus meningkat. Tidak logik utk kerajaan membina lebih banyak lebuhraya untuk menyaingi pertambahan pesat jumlah kenderaaan.
Penyelesaian terbaik ialah menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan awam.
5. Keretapi juga adalah lebih selamat daripada kereta sekaligus mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya.
Kejayaan keretapi ETS oleh Keretapi Tanah Melayu adalah suatu contoh yang baik; di mana penggunaan khidmat keretapi meningkat.
Saya fikir Tun M sebenarnya tahu semua hujah-hujah di atas
Tetapi beliau seng
aja berniat jahat mencari modal untuk membantai apa jua cadangan dan ilham Perdana Menteri.
Almaklum, Tun memang dikenali sebagai seorang yg 'tidak mahu kalah' atau 'dilihat kalah' walaupun salah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana