Lim Kit Siang kuasai dan miliki Pakatan Harapan

Lim Kit Siang jangan cuba perlekeh dan perdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai dan dimiliki oleh DAP.

Kita semua tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina dan Lim Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu.
Justeru itu, Lim Kit Siang perlu menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan sebab DAP adalah anggota party yang paling terbesar di dalam Pakatan Harapan.

Jikalau Lim Kit Siang melantik seorang Melayu menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan maka ternyata ini adalah satu muslihat untuk perdaya pengundi-pengundi Melayu.
Lim Kit Siang perlu ambil jawatan Pengerusi Pakatan Harapan jikalau beliau mahu membuktikan bahawa Pakatan Harapan sebenarnya bukan Pakatan Ali Baba.

Orang Melayu perlu sedar bahawa Lim Kit Siang mahukan undi orang-orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai PutraJaya.

Selepas itu, Lim Kit Siang akan mengunakan kuasa PutraJaya untuk memerintah sehingga ke anak cucu.

Seorang diktator tetap akan jadi seorang diktator.
DATO SERI ISMAIL SABRI - AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL