LIM KIT SIANG ANTARA YANG ‘GANGGU’ HAJI HADI BENTANG RUU355...JAHATNYA PERANGAI LIM KIT SIANG NI

BELUM pun bermula usul persendirian daripada ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, puak-puak yang membantah dah mula buat kacau. Usaha untuk melengah-lengahkan usul daripada Hadi itu bermula sebaik sahaja Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempersilakan Hadi untuk membacakan usulnya. Sekurang-kurangnya tiga orang ahli Parlimen pembangkang yang bangkit dengan peraturan mesyuarat. Ia dimulakan dengan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang bangun membacakan peraturan mesyuarat mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya sebelum ini telah ditolak oleh Speaker.
Ia kemudian diikuti oleh Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang menyoal mengapa usul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang yang lain.
Pandikar bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul Hadi diberi keutamaan, dan bahawa Hadi telah meminta untuk menangguhkan usul itu selepas memindanya.
“Saya hanya mengikuti Peraturan Mesyuarat,” kata Pandikar.
Selepas itu Gobind Singh (DAP – Puchong) pula bangkit dengan peraturan mesyuarat yang lain dengan tujuan yang sama iaitu untuk menghalang Hadi daripada menghuraikan usul persendiriannya.
Keadaan turut kecoh seketika apabila Kit Siang berterusan mempertikaikan keputusan Speaker.
Speaker kemudiannya membuat ruling iaitu sesiapa yang terus membuat kecoh akan diarahkan keluar daripada dewan.
Untuk rekod, usul yang dibawa oleh Hadi adalah bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara tahun sehingga 30 tahun, denda maksimun RM100,000 dan hukuman sehingga 100 sebatan.
Hukuman syariah sekarang adalah maksimum penjara tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan enam sebatan.
Ini adalah kali ketiga Hadi telah membawa usul itu ke Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana