Laungan 'jahanam PAN' bergema dalam Persidangan Dewan Ulama PAS

Laungan 'jahanam PAN' bergema dengan iringan takbir sebanyak tiga dalam persidangan Dewan Ulamak PAS pagi Khamis.

Sebelum itu Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Ustaz Mohd Rejab Md Akhir dalam ucapan aluannya meminta perwakilan berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan “Jahanam PAN”.

“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar. Jahanam PAN,” katanya.

Ikrar itu kemudiannya disusuli laungan takbir sebanyak 3 kali oleh perwakilan.

PAN ditubuhkan sekumpulan bekas pemimpin PAS susulan pemilihan parti 2015 yang menyaksikan kebangkitan penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan puak yang mahu PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR dan DAP.

Laungan itu bergema di seluruh Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Tandop yang seselum itu agak dingin berikutan hujan malam tadi.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Mursyidul Am Ustaz Datuk Ahmad Yakub. Perwakilan mengambil tempat di dewan SRIDU Darul Ulum.

Perwakilan mendaftar sebelum memasuk dewan, yang agak sendat dengan perwakilan yang datang dari seluruh negara.

Muktamar kali ke-56 bermula dengan alunan nasyid Asma Ul-Husna, lagu PAS dan bacaan al-Quran Ustaz Mohd Fauzi Salleh.

Hadir sama wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan wakil Perhubungan PAS Kedah.

Sebahagian pemerhati berada di luar dewan. Manakala petugas media disediakan bilik khas di bangunan bilik darjah.

Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed, timbalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan anggota jawatankuasa.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment