Lantik pemimpin Melayu ketuai Pakatan... wayang gelap Kit Siang

Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan, betina... itu kata pepatah Melayu berkaitan move politik terbaru Pakatan Harapan yang menamakan dua pemimpin Melayu sebagai pengerusi bersama gabungan tersebut sekaligus mengenepikan pemimpin paling berpegaruh pembangkang Lim Kit Siang.
Dengan 38 kerusi Parlimen DAP merupakan parti paling dominan dalam Pakatan Harapan dan mana-mana pemimpin Melayu yang dilantik untuk mengetuai gabungan pembangkang hanyalah boneka DAP.
Bagi Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil move itu hanya lakonan.
"Kit Siang tidak perlu main wayang dengan memperkudakan pemimpin Melayu sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, sebaliknya melantik diri sendiri kerana beliau paling ‘otai’ dalam parti sejak 51 tahun lalu," kata beliau.
Menurutnya dalam tempoh beliau mengepalai DAP itu, jelas membuktikan jiwa dan raga Kit Siang hanya untuk memperjuangkan kaum Cina.
“Ini semua wayang gelap Kit Siang kerana sesiapa yang dipilih untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP hanya akan menjadi boneka beliau dan parti itu,” katanya.
Sebelum ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mempersoalkan kenapa Kit Siang enggan menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai partinya dan adakah tindakan itu ada kaitan dengan agenda memperdayakan pengundi Melayu.
Ini memandangkan DAP memiliki 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN sekali gus ternyata DAP parti terbesar dan terkuat dalam Pakatan Harapan berbanding PKR memiliki 27 kerusi Parlimen dan 48 kerusi DUN, PAN memiliki enam kerusi Parlimen dan tujuh DUN selain PPBM hanya memiliki satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebagai seorang yang paling berpengalaman dalam selok-belok permainan politik, Penasihat DAP itu merupakan paling layak mengepalai gabungan parti bersama PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Sepatutnya Kit Siang menawarkan diri menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebab beliau sebenarnya ‘otai’ dalam gabungan tersebut.
“Malah, lebih elok Kit Siang menawarkan diri sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam pilihan raya akan datang kerana ia lebih senang untuk pengundi membuat keputusan nanti,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana