‘KRONI PIMPINAN MADEY VS RAKYAT NAJIB RAZAK’

                                  KRONI PIMPINAN MADEY VS RAKYAT NAJIB RAZAK

Cabaran untuk Najib Razak menaikkan & mengukuhkan Ekonomi Domestik negara tidak semudah ABC.

Banyak perkara yang perlu diperbetulkan secara menyeluruh, terutamanya untuk memecahkan perniagaan MONOPOLI yang melibat kroni mantan.

Mantan sudah seperti hilang arah pabila sanggup bersama dengan musuhnya suatu ketika dahulu (#DAP).

Melayu dijadikan bahan permainan si mantan untuk meraih perhatian & sokongan untuk memenuhi kehendak peribadi & kroni-kroninya.

Lebih kurang 30 nama yang diberikan kepada Najib Razak untuk mendapat PERHATIAN KHAS adalah Billionaire ‘Non-Bumi’ Kronisma Terpimpin di zamannya. Memang wajar untuk ditolak oleh Najib Razak kerana ianya bakal merosakkan agenda MEMPERKASAKAN EKONOMI BUMIPUTERA & DOMESTIK NEGARA.

Mantan seperti tidak menghiraukan & melupakan kata-katanya sendiri. Antaranya;



ORANG MELAYU PERLU SEDIA BUANG TONGKAT – Tun M

Rujukan:[http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm]

Mantan sengaja melupakan kata-katanya pada tahun 2011 ini pabila perniagaan monopoli & kronisma milik proxy & sahabat-sahabatnya tergugat oleh Pelan Tindakan Rasionalisasi Najib Razak.

Najib Razak melaksanakan pelbagai kaedah penjimatan secara berperingkat sehingga menerbitkan rasa marah & juga keperitan dirasai oleh golongan tertentu, namun ianya adalah kesan dari kemerosotan Kegoyahan Ekonomi Global yang dirasai di seluruh dunia. Bukan hanya Malaysia.

Jika dilihat bandingan matawang dunia, 174 matawang dunia, HANYA 18 MATAWANG yang mengukuh berbanding USD.

Rujukan: KEJATUHAN NILAI RINGGIT TERBURUK, FENOMENA ANTARABANGSA
[http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kejatuhan-nilai-ringgit-terburuk-fenomena-antarabangsa-51564]

Alhamdulillah dengan perlaksanaan #GST & beberapa pelan Rasionalisasi Subsidi banyak membantu MENGUKUHKAN EKONOMI DOMESTIK oleh penjimatan belanjawan kerajaan kerana kurangnya kebergantungan terhadap pinjaman-pinjaman luar yang seringnya memudaratkan.

IMF sendiri AKUI bahawa Ekonomi Domestik Malaysia dalam kedudukan yang baik & bakal mencapai matlamat sebagaimana yang dirancangkan oleh Najib Razak & barisan kabinetnya.

Rujukan laporan IMF berkaitan pengukuhan Ekonomi Domestik Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak:
“However, the implementation of the goods and services tax (GST) last April, along with cuts in subsidies and operational expenditures…
[http://www.imf.org/external/np/sec/pr/2016/pr1621.htm]

Mana mungkin rakyat merasai keperitan kesan Ekonomi Global tetapi sang mantan tidak mahu kroninya turut terkesan. Apakah dengan MEMBELA Billionaire kroni ‘Non-Bumi’ bisa membuatkan rakyat senang lenang?

Dari bela beberapa ekor yang dipohon oleh mantan, lebih baik Najib Razak bantu rakyat yang memerlukan secara menyeluruh mengikut kesesuaian kehendak semasa.

Apakah salah Najib Razak menjadi Robin Hood kepada rakyat?

Apakah salah untuk Najib Razak memelihara negara Malaysia dari dikuasai oleh kuasa (anasir) Asing? Khasnya dari kumpulan Bukan Islam yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Ekonomi Negara Islam.

Apakah salah Najib Razak memantapkan Ekonomi Bumiputera & Ekonomi Domestik sebagai ‘INTIPATI Utama’ untuk Malaysia menjadi Negara Maju di masa akan datang yang bakal lebih MENCABAR?

Apakah RM bisa mengatasi USD dalam SEKELIP MATA jika Najib Razak meletak jawatan hari ini, sedangkan Ekonomi Global masih dalam keadaan tidak stabil?

Apakah Madey #PutarJaya lupa bahawa lebihan perbelanjaan dalam kerajaan adalah kesan dari ANUGERAH Projek-projek Khas yang telah diberikan kepada kroninya sewaktu pemerintahannya dahulu?

Apakah salah Najib Razak mengukuhkan benteng ekonomi negara yang bakal memberi banyak manfaat kepada rakyat kelak?

Sedangkan diri kita sendiri pun perlu melalui proses meniarap, merangkak & jatuh bangun sebelum mampu berlari. Tiada siapa yang lahir ke dunia ini mampu berlari terus dalam sekelip mata.

Fikirkan-fikirkanlah supaya kita lebih matang untuk menilai apa yang berlaku sekarang ini dengan adil & berasas.

Najib Razak tidak akan membiarkan rumah yang melindungi seluruh rakyatnya rosak teruk atau roboh kerana yang dirinya sendiri turut berada di dalam selaku Ketua Rumah.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment