Kempunan untuk melihat Melayu Malaysia 'tumpas'

Mendiang Lee Kuan Yew dari PAP (abang DAP) berkempen di sebuah kampung Melayu di Singapura dengan memakai songkok. Demi untuk mendapatkan sokongan orang Melayu bagi melaksanakan agenda PAP terhadap Singapura, mendiang sanggup bersongkok untuk meraih undi dan akhirnya memerintah Singapura hingga hampir hujung hayatnya.

Selepas 5 tahun memerintah akhirnya Melayu 'diabaikan' dari tampuk pemerintahan sehingga hampir semua mercu tanda Melayu dihapuskan. Istana kampung Gelam juga menanti masa untuk tenggelam dimamah zaman.

Namun hasratnya mahu melihat Malaysia di bawah jajahannya tidak tercapai hingga ke akhir hayatnya kerana adik kepada parti PAP iaitu DAP gagal memperdaya pemimpin2 Melayu yang mengambil iktibar dari hilangnya kusa Melayu di Singapura.

Barisan pimpinan tertinggi DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang sendiri sanggup turun ke bumi para anbiya Mesir dan Jordan baru-baru ini untuk menjelaskan agenda mereka kepada bakal-bakal asatizah Melayu di sana. Tindakan ini pastinya untuk menarik golongan para asatizah kepada DAP kerana mereka sedar, masyarakat massa Melayu di Malaysia hanya mampu diraih sokongannya melalui saluran golongan asatizah dan ulama yang thiqah.

Ketika pimpinan parti politik Melayu masih bertelagah, DAP mengorak langkah signifikan dalam perjalanan panjang perlaksanaan agenda mereka di Malaysia.

Sejak lahir di Malaysia pada tahun 1965, agenda mereka tetap tidak dan tidak pernah berubah hingga sekarang. Naiflah siapa yang menyangka bahawa DAP telah mula lunak terhadap Islam dan sanggup ke Mesir untuk berjinak-jinak dengan Islam.

Lupakah mereka dengan Snouck Hurgronje yang sanggup mendalami Islam untuk memusnahkan penentangan jihad menentang Belanda di Indonesia? Lupakah mereka dengan Lawrence of Arabia yang alim dan lebih Arab dari sebahagian orang Arab pada ketika itu demi untuk memecahkan kesatuan umat Islam hingga akhirnya khilafah umat Islam runtuh.

Jangan sampai nanti nama akan tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianat kepada umat yang akan dimaki zaman berzaman seperti Si Kitul dan Raja Mendeliar dalam sejarah robohnya Kota Melaka.

Hasrat dan cita2 DAP hanya satu iaitu untuk menjajah Tanah Melayu. Setelah mereka menang mereka akan menjadi tuan besar dan Melayu akan menerima nasib yang sama seperti Melayu Singapura.

Ada Melayu Singapura yang mencari makan di Malaysia dengan penuh kesombongan menghina DS Najib walhal di negaranya Melayu hanya jadi keldai bisu yang tiada hak dan suara.

Haramkan artis2 Melayu Singapura yang tak sedar diri dan biadap dari menjejak kaki dan mecari makan di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana