KALAH ATAU MENANG, TETAP TAAT KEPADA PRESIDEN PAS

Sejarah hitam pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat 2015 tidak akan berulang pada tahun ini, tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, calon pada kali ini adalah mereka yang taat setia kepada kepimpinan ulama.

“Pemilihan kali ini tidak akan membawa kepada perpecahan parti seperti 2015.

“Gejala itu sudah keluar dari PAS,” katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini, hari ini, menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-63.

Gandingan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup pada 17 April lalu.

Seramai empat calon bertanding untuk tiga jawatan Naib Presiden manakala 26 calon akan merebut kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar 29 April hingga 1 Mei ini.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, untuk pertama kalinya pemilihan kali ini akan dijalankan secara pengundian elektronik (e-undi).

Katanya, perisian yang dibangunkan oleh PAS sendiri itu dijamin keselamatannya bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Pada hari pengundian mungkin akan ambil masa lama sikit sebab ada perwakilan yang tak biasa dengan komputer tetapi keputusan akan diperoleh dengan lebih cepat,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment