KAFIRKAN SAJA MEREKA YANG TANGGUH ‘AKIDAH’, GESA DR.MAZA.COM

Laman Facebook Dr.MAZA.com milik Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyarankan penyokong sebuah parti politik dalam negara supaya mengkafirkan pihak yang menangguhkan ‘akidah’ mereka.
Laman Facebook tersebut berkata, mengkafirkan dan memaki hamun merupakan amalan soleh penegakan syariah pemimpin, ahli dan penyokong parti berkenaan.
“Jika mereka berminat memaki dan mengkafirkan, mungkin mereka boleh kafirkan sesiapa yang menangguhkan selama tiga kali perkara yang menjadi ‘akidah’ mereka itu,” kata laman Facebook itu hari ini.
Ahli dan penyokong parti yang dimaksudkan oleh laman Facebook Mufti Perlis itu dipercayai ahli dan penyokong PAS.
Presiden PAS semalam membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.
Perbahasan RUU355 yang sepatutnya diadakan selepas pembentangan itu bagaimanapun ditangguhkan pada sesi akan datang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia gara-gara provokasi melampau Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang membantah RUU355.
Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama anggota partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN) menentang hebat usaha tersebut sejak tahun lalu.
DAP pernah mendakwa RUU355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.
PKR dan PAN pula mendakwa RUU355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.
Mufti Perlis turut mengkritik RUU dengan berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum umatnya yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti dalam bilik atau rumah yang berkunci.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana