JANGKA HAYAT PPBM DARI KACA MATA PAS

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali menjangkakan PPBM akan berlaku perpecahan yang lebih teruk lagi dalam masa yang singkat.

Katanya kepada BNBBC.my portal pada Jumaat, ini kerana rata-rata di antara mereka masih kabur dengan perjuangan parti dan ada juga antara mereka yang terasa hati apabila individu yang terawal menubuhkan parti semakin disisihkan dan tidak mendapat jawatan sewajarnya seperti yang diinginkan.

“Parti sebegini tidak boleh membawa aspirasi rakyat yang mahukan perubahan, jadi saya menjangkakan akan berlaku lebih banyak perpecahan dalam PPBM sebagaimana berlaku dalam PAN. Perebutan kerusi untuk bertanding, dan perebutan untuk menjadi pemimpin akan berlaku dalam parti sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pengasas parti PPBM Kamarulazman Habibur Rahman yang mengumumkan keluar parti.

Pada sidang media itu juga, Kamarulazman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.

Mengulas lanjut Khairuddin berkata PPBM juga tidak mampu akan bertahan dengan lama kerana penubuhan parti yang berasaskan kebencian kepada parti lama tidak boleh menjadi tunjang untuk diikuti rakyat.

“Kebencian akan surut. Manusia yang berhimpun atas kebencian sahaja belum tentu dapat bersama menggarap agenda kerana itu apa yang penting ialah dasar perjuangan dan dasar penubuhan parti,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana