Isu Adam Rosly bayangkan ada ?saingan antara Rafizi, Azmin? - penganalisis

Kelantangan Rafizi Ramli berhubung isu pertuduhan yang dihadapi Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly mungkin ada kaitan dengan ‘persaingan’ antara naib presiden parti itu dengan timbalan presidennya, Datuk Seri Azmin Ali.

Penganalisis politik, Dr Kamaruzzaman Yusuf berkata saranan Rafizi supaya parti mengambil tindakan ke atas Adam yang terpalit dakwaan rasuah adalah serampang dua mata untuk menjejaskan nama Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.

Ini berikutan dakwaan Adam mempunyai hubungan baik dengan Azmin dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

“Itu mungkin juga (usaha Rafizi memburukkan Azmin), sebab diketahui ramai bahawa Rafizi dengan Azmin ni memang bermasalah, sebelum ni pun ada laporan SPRM buat pada pegawai di pejabat Azmin.

“Berdasarkan sejarah, memang terdapat pertentangan persaingan antara kumpulan Rafizi dan kumpulan Azmin, jadi walaupun mungkin Rafizi tidak berniat begitu (serang Azmin), tapi ia boleh dilihat dari konteks tersebut,” ujarnya kepada Antarapos.

Jumaat minggu lalu, Adam didakwa kerana memberikan keterangan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika disiasat bersabit kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Sebelum ini, Rafizi meminta parti mengambil tindakan 'menjarakkan diri' dari kemelut yang membelenggu Adam.

Menurut Rafizi, parti perlu mengambil tindakan segera kerana isu Adam itu boleh dijadikan modal oleh musuh politik untuk menjejaskan imej PKR.

Cadangannya termasuk Adam 'bercuti' dari jawatan parti sehingga kes beliau selesai.
 
“Bila tiada sokongan terhadap gesaan Rafizi tersebut, ini menunjukkan bahawa pemimpin PKR lebih mementingkan, macam ada sifat assabiyah lah, kira melindungi kroni sendiri.”

“Mungkin ini sebab ada kaitan dengan Zuraida, dan Zuraida pula ada kaitan dengan Azmin, mungkin sebab itu tiada sangat yang bersuara.”

Pengarah Politik dan Dasar serta Penasihat Presiden PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar ketika dihubungi Antarapos berkata pemimpin parti itu dinasihatkan agar tidak mengulas isu Adam dan membiarkan parti memutuskan apa yang terbaik bersabit isu itu.

"Segala urusan berkaitan pendirian PKR, seeloknya dan sebetulnya diputuskan di dalam mesyuarat kepimpinan parti. Sama ada Mesyuarat Biro Politik atau mesyuarat Pimpinan PKR.

"Mana-mana pimpinan pun sebaiknya mengeluarkan ulasan, pendirian atau cadangan di dalam mesyuarat, bukan di khalayak ramai (khalayak)," katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana