HUBUNGAN PAS DAN PKR RETAK DI JOHOR, PAS SUDAH TIDAK PERCAYAKAN PKR

Pemuda PAS Johor sebulat suara meluluskan usul supaya kerjasama politik parti itu dengan PKR diputuskan. Turut diluluskan adalah usul supaya PAS merampas semula kerusi parlimen Batu Pahat "yang dipinjamkan" parti PAS kepada PKR pada pilihan raya umum lalu. Kerusi itu kini diisi Datuk Idris Jusi.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz, berkata usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dibawa perwakilan Pasir Gudang pada mesyuarat tahunan mereka. Pemuda PAS Johor dengan ini bertekad untuk melebarkan kemenangan PAS di bumi Johor Darul Takzim pada PRU ke-14 nanti tanpa bantuan dan kerjasama PKR dan lain-lain parti pembangkang.

Usul supaya PAS menamatkan kerjasama dengan PKR bukanlah baru. Sebelum ini beberapa kawasan di Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Kelantan juga pernah menerima usul berkenaan.

Jelas sekali keputusan mengenai isu ini akan memberi impak kepada hubungan PAS dan PKR khususnya pada muktamar tahunan PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah akhir bulan ini. Petanda-petandanya sudah ada dan hubungan PAS bersama PKR semakin renggang dan keruh.

Namun jika diputuskan PAS akan bersendirian nanti, ianya akan dihadapi sama ada suka atau tidak kerana PAS sudah komited untuk tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana