Guan Eng Muka Tak Malu Bila Suruh Orang Lain Letak Jawatan

Jika dilihat sikap Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP Lim Guan Eng, beliau akan sentiasa mencari kesalahan orang untuk dikritik tanpa mencermin dirinya sendiri dahulu.

Itu lah yang disifatkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu seharusnya mencermin diri sendiri sebelum menyarankan agar Barisan Nasional (BN) memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ini kerana kata Rafizal, jika Guan Eng sendiri tidak berani meletak jawatan setelah didesak pelbagai pihak ekoran terpalit skandal rasuah, maka beliau patut ‘duduk diam-diam’ dan ‘hilang kelayakan’ untuk mendesak mana-mana parti pun untuk memecat pemimpin mereka.

“Sebelum dia desak BN pecat Shabudin dia harus lihat dirinya dulu. Janganlah nak menyibuk hal orang lain.

“Kalau dia sendiri tidak berani untuk letak jawatan maka jangan sibuk hal parti lain. Lagi pula, sebagai seorang yang berjawatan Ketua Menteri, dia seharusnya menyelidik sesuatu berita sebelum mengeluarkan kenyataan,” kata Rafizal.

Beliau juga tidak berasa hairan jika sikap pemimpin DAP yang lain suka melakukan provokasi dan menyampaikan berita yang tidak betul kerana ‘bos’ mereka juga begitu.

Sehubungan itu, Rafizal menyifatkan Guan Eng sebenarnya dilihat menggunakan isu ini untuk mengalih perhatian rakyat terhadap rasuah yang sedang dihadapi dirinya.

“Jadi walaupun isu ini tidak benar maka ia dijadikan senjata untuk alih perhatian. Ini memang kepakaran DAP tapi sayangnya rakyat sudah masak dengan taktik ini.

“Malah bila dia bersuara agar BN mengambil tindakan kepada Shabudin, ia amat memualkan kerana jelas kelihatan sikap tidak sedar diri,” tempelak Rafizal.

Baru-baru ini, Shabudin membahas usul bagi menolak cadangan dan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur 16 tahun namun sayangnya kenyataan tersebut telah disalah erti.

Jika dilihat apa yang ingin disampaikan oleh Shahbudin sebenarnya adalah dalam kes ‘statutory rape’ iaitu atas dasar persetubuhan yang dipersetujui bersama namun pasangan di bawah umur. Bagi menutup malu selalunya pihak keluarga akan menyelesaikannya dengan cara perkahwinan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana