Gaji Minimum Staf KTMB Naik Ke RM1,200 Bermula Mei...ALhamdulilah Prihatinan PM Kita

KUALA LUMPUR: Seramai 862 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kenaikan gaji minimum dari RM1,000 kepada RM1,200 mulai bulan depan.
Pengerusi KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata jumlah kakitangan yang bakal menerima kenaikan itu adalah 15 peratus daripada jumlah pekerja KTMB, yang kini bergaji pokok di bawah RM1,200.

"Gaji baharu ini turut merangkumi pelarasan gaji pokok, caruman majikan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Pada Februari lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan dalam Majlis Ekonomi Bumiputera agar semua syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) melaksanakan penetapan gaji minimum RM1,200 sebulan selewat-lewatnya pada Julai 2017.
Nawawi berkata langkah penetapan kenaikan gaji itu diputuskan lebih awal oleh pihak pengurusan tertinggi KTMB bagi menghargai usaha kakitangan yang telah bekerja keras selama ini.
"Ia juga merupakan hadiah awal sempena bulan puasa daripada pihak pengurusan kepada kakitangan KTMB terutamanya yang berpendapatan rendah," katanya.

Pada awal bulan ini, Najib, yang juga Menteri Kewangan, telah meluluskan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus kepada semua kakitangan bukan eksekutif menerusi Perjanjian Bersama yang ke-8 antara KTMB dan Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB.

Selain itu, bagi kakitangan eksekutif pula menerima pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus menerusi Perjanjian Bersama Keenam antara KTMB dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan KTMB.  -Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana