Fitnah terima RM90 juta agar sokong BN : Hadi saman editor Sarawak Report

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah failkan saman fitnah terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu kerana memfitnah beliau.

Ia berkaitan laporan Sarawak Report pada Ogos tahun lalu  yang mendakwa pemimpin atasan PAS terima RM90 juta wang yang ada kaitan dengan 1MDB.

Menerusi artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”,Sarawak Repot dakwa sogokan diberi agar pimpinan parti itu menyokong BN.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu hal itu pada sidang akhbar di di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dekat Alor Star Khamis.

Takiyuddin berkata, artikel itu boleh membayangkan Hadi secara peribadi menerima suapan besar daripada Perdana Menteri sebagai pertukaran untuk PAS berkompromi dari segi pendirian politiknya.

“Ini tuduhan tidak benar sama sekali.

“Dakwaan rasuah seperti ini jelas merosakkan reputasi presiden PAS yang menunjukkan komitmen kepada proses demokrasi untuk tempoh lama, di mana falsafah politik dan tindakannya jelas mencerminkan beliau berpegang teguh kepada prinsip serta ajaran Islam.”

Takiyuddin menjelaskan peguam PAS di London, Carter-Ruck sudah menghantar notis undang-undang kepada Clare akhir tahun lalu bagi menuntut permohonan maaf daripada pengasas Sarawak Report itu dan menarik balik artikel berkenaan.

“Tetapi, beliau gagal memberi maklum balas, sebaliknya mengeluarkan beberapa kenyataan umum yang merumitkan lagi isu itu.”

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum itu memberitahu PAS wujudkan tabung terima sumbangan dari ahli parti untuk menampung kos guaman saman itu yang berjumlah RM200,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana