DAP TONY PUA DAN WONG CHEN ADALAH PENIPU

1MDB tidak “membayar dua kali ganda” kepada IPIC.

1. 1MDB hanya pernah membayar AS$3.5 bilion kepada IPIC dalam pelbagai bayaran yang IPIC pada mulanya menafikan. Sekarang IPIC dengan jelas telah mengakui dalam satu kenyataan mereka bahawa bayaran itu ada.

Dalam satu kenyataan Bursa Saham London IPIC, mereka menulis:

“Pihak-pihak juga telah bersetuju untuk memasuki perbincangan dengan niat yang baik berhubung kepada pembayaran yang dibuat oleh 1MDB Group kepada entiti tertentu.”

Ini bermakna bon AS$3.5 bilion itu akan diselesaikan berdasarkan kepada wang dari bayaran-bayaran tersebut.

1MDB juga tidak melepaskan hak untuk menyaman IPIC jika tiada persetujuan dicapai berkenaan pembayaran ini menjelang tahun 2020.

2. 1MDB tidak pernah membayar tambahan AS$2.5 bilion kepada IPIC dan tidak akan membayar AS$2.5 bilion kepada IPIC.

1MDB akan menggunakan wang yang akan dijana daripada unit dana AS$2.5 bilion yang sedia ada yang telah dijamin oleh Aabar.

Ini adalah cara bagaimana AS$2.5 bilion itu akan digunakan:

a) Membayar balik IPIC AS$ 1.2 bilion yang merangkumi AS$1 bilion yang mereka bayar kepada 1MDB pada bulan Jun 2015 dan AS$200 juta yang telah IPIC bayar untuk faedah ke atas bon AS$3.5 bilion pada tahun lepas.

b) 1MDB akan menyimpan AS$1.3 bilion yang selebihnya untuk membayar faedah ke atas bon AS$3.5 bilion sehingga tarikh matang.

Terdapat sedikit perbezaan dari penyelesaian yang diumumkan semalam dengan persetujuan pertukaran aset pada bulan Jun 2015.

Mengikut perjanjian asal, tiada wang yang datang dari MOF sama sekali.

Jadi, bagaimana Tony Pua dan Wong Chen menyimpulkan bahawa 1MDB telah membayar dua kali ganda?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana