DAP PENIPU BESAR!!!!! WARGA FELDA TOLAK CAMPURTANGAN DAP DAN PEMBANGKANG

Ekoran dari tindakan DAP dan sekutu pembangkangnya mengadakan Konvensyen Warga Felda di Kluang semalam, warga Felda telah bangkit dan beramai-ramai mengadakan bantahan di luar kawasan berlangsungnya konvensyen tersebut untuk menolak sebarang campurtangan daripada DAP dan juga pembangkang.

Ayat paling pedih yang ditujukan kepada DAP ialah "Dimana DAP semasa kami dalam kesusahan. DAP hadir ketika Felda sudah berjaya".

Walau apapun ribut yang sedang melanda Felda ketika ini, ternyata warga Felda masih tahu dan menghargai segala bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh kerajaan BN ketika mereka dalam kesusahan dan diberikan peluang untuk meningkatkan taraf hidup dengan dipilih memasuki Felda.

Melalui Feldalah, mereka mampu memiliki harta dan menikmati taraf hidup yang lebih baik kerana Felda bukanlah sebuah syarikat kapitalis yang memerah keringat mereka tetapi ianya adalah agensi kerajaan BN yang diwujudkan semata-mata dengan niat untuk membantu.

Kalaulah Felda ditubuhkan hanya untuk memberi mereka tempat untuk mencari pekerjaan, taraf hidup peneroka Felda pada hari ini tidak akan lebih baik dari pekerja ladang dan tidak ramai yang akan mampu memiliki harta.

Penolakan warga Felda terhadap DAP dan pembangkang yang cuba menjadi hero ketika Felda sudah mengecapi segala kejayaan dan dilimpahi dengan segala kemudahan sangat jelas. Bukan sahaja bantahan di luar bilik konvensyen, malah banner menolak kehadiran DAP dan pembangkang berkonvensyen juga kelihatan di jalan-jalan utama memasuki bandar Kluang.

Akhirnya, jelas bahawa warga Felda tahu bahawa DAP dan pembangkang hanya mahu menangguk kesenangan yang sedang dinikmati oleh mereka dan cuba menggugat keharmonian yang telah sekian lama terjalin antara warga Felda dan kerajaan BN.

Moga warga Felda tidak akan lupa, bahawa ketika mereka susah dan daif dahulu, bayang DAP dan pembangkang tidak pernah jejak di mana-mana bumi Felda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana