DAP AKAN DITUMBANGKAN, PAS PULAU PINANG UMUMKAN TAHALUL SIYASI BERSAMA UMNO

Atas faktor waqi’, PAS Pulau Pinang disarankan untuk membincangkan dan mencadangkan tahaluf siyasi dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Malah gagasan ini disarankan dibawa dalam muktamar terdekat yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah.

Ini kerana waqi’ atau faktor setempat adalah antara perkara yang perlu diambil kira dalam mengatur strategi. Ini dapat dilihat apabila PAS berjaya memerintah Terengganu dan Kelantan, antara perkara yang utama diangkat ialah usaha melaksanakan hukum syariat.

Apabila PAS berjaya menawan Kedah dan menjadi sebahagian komponen kerajaan Selangor, hudud bukanlah prioriti. Tidak menjadi keutamaan bukan bererti tiada cita-cita.

Kini apabila disebut PAS perlu bekerjasama dengan UMNO-BN, mungkin sebahagian ahli PAS sendiri pun akan nanar dan geger. Semua menjadi fobia dan alergik dengan UG (Unity Government).

Maka berjayalah reverse psychology yang dimainkan oleh Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP. Namun bagaimanapun, ahli-ahli PAS di seluruh negara perlu memahami waqi’ atau keadaan semasa di Pulau Pinang.

Sekiranya ahli parti Islam itu bermaklumat, ada keberanian, sikap berlapang dada dan wala’, usaha UG khusus di Pulau Pinang patut diusahakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Ini kerana inisiatif ini perlu digerakkan oleh PAS Pulau Pinang atas dasar waqi’ atau faktor setempat tadi.

Parti rasis dan cauvinis sememang dilihat bahaya kepada Islam dan amat jelas memusuhi Islam, walaupun selama ini parti di bawah pimpinan veteran DAP, Lim Kit Siang itu tidak pernah mengakuinya.

DAP sukar ditumbangkan dengan hanya sekadar ahli-ahli PAS memberi undi kepada calon bukan dari DAP dan Pakatan Harapan di tempat PAS tidak bertanding. Habis jauh DAP hanya mendapat majoriti kecil untuk menguasai Pulau Pinang.

Apa pun yang penting sekarang ialah DAP mesti ditumbangkan. Andai PAS berpadu dengan UMNO-BN peluang amat terbuka untuk mengangkat suara PAS dalam kerajaan Pulau Pinang.

Benar, Gerakan dan MCA juga menentang RUU355, tetapi dari aspek toleransi, kedua-dua parti ini lebih mudah saling memahami dan dibawa berbincang. Justeru terpulanglah kepada kebijaksanaan PAS Pulau Pinang dan PAS Pusat menentukannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana