DALAM MAKNA TU!!!!! “KITA TIDAK AKAN LAWAN JIKA YANG TUA ITU TIDAK BERMULUT CELUPAR”

Masyarakat majmuk di dalam negara sememangnya perlu mengamalkan budaya tinggi seperti menghormati orang yang tua.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagaimanapun ia mempunyai batas dan pihaknya tidak boleh berdiam diri jika sesuatu tindakan tersebut dilihat sudah melanggar prinsip saling hormat-menghormati itu.

Ia berikutan keceluparan mulut bekas seorang pemimpin yang dilihat sering menyerang kerajaan kini dan beliau sebagai pemimpin tidak boleh hanya bertahan kerana perlu membawa masyarakat ke landasan yang betul.

“Adalah menjadi satu cabaran kepada kita semua untuk meletakkan kembali masyarakat kita ke landasan yang betul, mewujudkan masyarakat yang berbudaya tinggi. Apa pengertian budaya tinggi? Masyarakat yang mengamalkan budaya tinggi?

“Sikap dan sifat seperti tidak menghormati golongan yang lebih tua… walaupun yang tua tu, jangan mulut terlalu celupar.

“Kalau tidak pada prinsipnya, kita memang tentu pasti menghormati orang tua,” kata Najib semasa melancarkan Kongres Budaya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor pada Sabtu.

Ketika berucap, Najib tidak menyebut nama individu orang tua yang dimaksudkannya, bagaimanapun umum mengetahui bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah individu yang sentiasa menyerang kerajaan dan membuat tuduhan tidak berasas.

Malahan, Dr. Mahathir juga bertindak keluar UMNO dan menubuhkan partinya sendiri iaitu PPBM dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang suatu ketika dahulu diperintahnya selama 22 tahun.

Dalam ucapannya, Najib turut menggesa supaya aspek budaya tinggi perlu diterapkan dalam masyarakat memandangkan nilai-nilai murni tersebut semakin terhakis khususnya dalam kalangan golongan muda.

“Kebanyakan daripada mereka dipengaruhi dengan sifat individualistik, mementingkan diri sendiri, memburu kepuasan cepat dan serta-merta dalam apa jua kerja tanpa berfikiran jangka masa panjang dan sifat-sifat negatif lain yang jika tidak dibendung akan semakin membudaya dalam masyarakat.

“Tidak ada gunanya negara mensasarkan matlamat untuk menjadi tahap negara maju dan berpendapatan tinggi andai kita membelakangkan nilai-nilai murni dalam kehidupan,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, pengaruh media sosial yang semakin melebar juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada budaya masyarakat di Malaysia yang mana mempunyai acuan yang berbeza sama sekali dengan dunia luar.

“Pengaruh media sosial seperti youtube, facebook dan twitter seakan memperhebatkan lagi pengaruh budaya luar yang jauh berbeza acuannya jika dibandingkan dengan rentak budaya tempatan,

“Apatah lagi dengan penggunaan bahasa-bahasa rojak yang telah sedikit sebanyak menghakis keutuhan bahasa Melayu itu sendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk masyarakat membelakangi perubahan teknologi yang sedang dialami tetapi ia perlu disesuaikan dalam konteks budaya tinggi.

“Namun demikian, dalam menyesuaikan diri dengan perubahan lanskap interaksi sesama manusia hasil dari kemajuan tinggi, amatlah perlu bagi kita untuk pastikan bahawa perubahan yang kita boleh terima ini adalah di dalam acuan penghayatan budaya tinggi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana