Bukan tugas saya, itu peranan kerajaan Pusat, kata Khalid Samad

SHAH ALAM: Tugas ahli Parlimen hanyalah menegur dan mengingatkan kerajaan Pusat untuk memberi dana pembangunan serta menyalurkan bantuan kepada rakyat, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, yang mahukan beliau menyenaraikan pembangunan yang diusahannya sepanjang hampir 10 tahun menjadi ahli Parlimen kawasan itu.

"Kerajaan pusat di bawah BN, maka banyak peruntukan pembangunan datang daripada BN, bukan kerajaan negeri. Saya rasa dia (Azhari) tak faham sistem kerajaan persekutuan dan kerajaan.

"Sebagai ahli Parlimen, saya ke Parlimen menuntut hak untuk warga Shah Alam. Dan ia telah dilaksanakan. Dan hasilnya Hospital Shah Alam telah dibina.

"Itu tanggungjawab kerajaan pusat, bukan tanggungjawab ahli Parlimen. Kita bertanggungjawab untuk menegur dan mengingatkan kerajaan pusat untuk melaksanakan pembangunan sepertimana yang djanjikan," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Azhari, dalam sidang medianya pagi tadi meminta Khalid menyenaraikan dana dan pembangunan yang diusaha dan dilaksanakan selama hampir 10 tahun menjadi ahli Parlimen Shah Alam.

Mendakwa tiada sebarang perubahan drastik dilihat di bandaraya itu, Azhari juga mempersoal sumbangan dua wakil rakyat PKR, Rodziah Ismail (Batu Tiga) dan Yaakob Sapari (Kota Anggerik).

Pengarah Komunikasi Amanah itu sebelum itu menuduh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menganaktirikan kawasan yang tidak dimenangi BN.

Azhari kemudiannya menafikan perkara itu dan menyenaraikan projek yang disalur kerajaan Pusat untuk Parlimen Shah Alam antaranya tiga buah dewan, 10 buah pagar, lapan batang jalan, tempat letak motor, naik taraf Pasar Seksyen 16 dan sebuah gelanggang serbaguna, untuk kegunaan penduduk kawasan itu.

Mengulas perkara itu, Khalid berkata jika pembangkang yang mentadbir negara, lebih banyak projek akan dibangunkan di Parlimennya.

"Dia (Azhari) minta saya mendatangkan pembangunan atas dasar peribadi, itu bukan peranan ahli Parlimen. Bukan tugas dia (ahli Parlimen) bina hospital, sekolah. Itu kerja kerajaan pusat.

"Jika kita (Pakatan Harapan) berada di peringkat kerajaan pusat mungkin banyak lagi yang dapat kita lakukan dengan harga yang lebih murah. Contohnya pembinaan Hospital Shah Alam yang asal nilainya adalah RM480 juta bagi kesemua 300 katil. Sepatutnya ia menelan belanja tidak lebih RM400 juta, tetapi menelan belanja lebih RM600 juta.

"Itulah bezanya keberkesanan kerajaan kerana jika kerajaan PH laksanakan kita akan buat secara tender terbuka, dan boleh mendapatkan penjimatan RM200 juta yang boleh digunakan di tempat lain dan boleh beri manfaat tambahan kepada masyarakat di Shah Alam," ujar Khalid lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana