BILA MAT-MAT BUNGA BERKHAYAL DAP SERTAI BARISAN NASIONAL…

Politik adalah bersifat pragmatik, dan sukar dijangka. Oleh sebab itu, politik diklasifikasikan sebagai “the art of possibility”, seni berkemungkinan. Apa pun boleh berlaku, jika kena dengan syarat.
Yang paling penting, adalah dasar perjuangan parti, yang konsisten dan selaras dengan cita-cita penubuhan parti. Barisan Nasional, yang menyambung legasi Parti Perikatan, meletakkan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan sebagai dasar yang utuh, dalam membina negara bangsa.
Membaca status dan komentar, serta perdebatan politik di aplikasi WhatsApp, penulis rasa terpanggil untuk memberi buah fikiran, sekiranya benar DAP akan sertai Barisan Nasional. Khayalan-khayalan ini pada awalnya dicetuskan oleh mat-mat bunga yang sudah kehabisan idea lantas menggunakan daya fikir mereka untuk kononnya mencipta isu. Layan sahajalah, kadang-kadang perlu juga kita melihat sejauh mana keupayaan mereka. Buat hilang stress, sambil senyuman terukir melihat betapa terdesaknya jiwa-jiwa yang tidak tenang itu.
Menjawab khayalan dari mat-mat bunga yang membayangkan apa akan jadi sekiranya DAP menyertai Barisan Nasional, secara peribadi penulis tidak nampak sebarang masalah, asalkan DAP itu sudi, dengan hati terbuka menerima pakai konsep Barisan Nasional. Bukan sahaja dari segi konsep, malah DAP perlu untuk menerima dasar-dasar yang sedia ada, berlandaskan apa yang termaktub di dalam perlembagaan. Hal ehwal Islam dan hak istimewa orang Melayu kekal, malah diperkasakan pula oleh DAP. Sanggup?
Maknanya, DAP perlu bersiap sedia untuk menggugurkan hampir keseluruhan prinsip dan perjuangannya selama ini dalam usaha untuk mengasimilasi semangat dan perjuangan Barisan Nasional. Persoalannya, apakah sanggup DAP menerima seadanya dan seikhlasnya dasar dan prinsip Barisan Nasional tanpa syarat?
Keadaan ini sudah tentu berbeza dari apa yang sedang PPBM alami sekarang, di mana DAP lebih dominan dari mereka.
Kita faham, hati dan perasaan terguris, kerana PPBM adalah minoriti di dalam Pakatan. Maka, andaian-andaian oleh mat-mat bunga seperti “Apa akan jadi bila DAP masuk BN” dijadikan penyedap hati, di samping merawat hati yang lara. Dengan perbincangan sebegitu, bolehlah mat-mat bunga melakar komentar mengutuk BN, demi melepaskan geramnya.
Biarlah begitu, jika benar ia dapat dijadikan terapi emosi dan rohani mereka, waima ia sekadar khalayan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana