Berebut Rebut Nak Berkuasa Dan Jawatan.....

CALON Perdana Menteri (PM) pilihan DAP dan PKR andai Pakatan Harapan diketuai DAP berkuasa nanti ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pilihan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula yang diterajui pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lain tidak bukan adalah anaknya sendiri Datuk Seri Mukhriz.
Jawatan PM penting. Ia penentu kestabilan politik dan pemangkin keamanan negara kerana siapa sahaja yang menduduki kerusi nombor satu ini bertanggungjawab kepada semua kaum.
Dengan Pakatan Harapan sendiri berserabut untuk menetapkan secara muktamad siapa calon PM, adakah rakyat akan melihat sepanjang tiga tahun pertama pakatan itu memerintah akan sering berantakan berebut jawatan-jawatan penting termasuklah PM?
Adalah berbahaya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa membuat pertimbangan adil dan teliti. Bagaimana rakyat boleh bersedia menerima Pakatan Harapan yang hanya berminat dengan kuasa semata-mata?
Realitinya, tiada masalah jika DAP mahu meletakkan penasihat veterannya, Lim Kit Siang mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Namun dengan tindak tanduk DAP yang dominan menerusi 37 kerusi Parlimen berbanding parti-parti Melayu pembangkang lain waktu ini, boleh percayakah DAP tidak bertindak sebagai `tok dalang’ jika pakatan itu berkuasa?
Pada masa, hakikatnya agak sukar untuk `mengawal’ Dr. Mahathir. Bekas Perdana Menteri itu dikatakan seorang yang hanya mahu menjadi seorang ketua dan bukan sebagai orang bawahan. Kerana terdesak untuk meraih sokongan orang Melayu, Kit Siang sanggup bekerjasama dengan musuh ketatnya itu.
Tindakan itu sekali gus menyebabkan akar umbi DAP tidak bersetuju. Ini termasuklah empat wakil rakyat DAP Melaka yang bertindak keluar parti baru-baru ini. Cuma, mampukah DAP mengawal Dr. Mahathir seandainya Pakatan Harapan berkuasa?
Dari segi permuafakatan untuk bertanding dalam pilihan raya, pakatan pembangkang tiada rekod bersih soal itu.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak Mei 2016, DAP dan PKR bertembung di enam kerusi di Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong menghadapi calon BN.
Ini disusuli Jun 2016 dalam Pilihan raya kecil DUN Sungai Besar dan Kuala Kangsar membabitkan PAN dan Pas yang bagaimanapun tewas kepada BN. Kalau diikutkan syarat perjanjian Buku Jingga dimeterai pembangkang, DAP dan PKR sudah pun dipecat kerana berlaga sesama sendiri.
Kali ini Pakatan Harapan kenakan syarat lagi – mesti letakkan satu calon pembangkang sahaja. Berulang lagikah sabotaj?
Dari aspek membela orang Melayu, Pakatan Harapan tampak jauh ke belakang berbanding UMNO, tonggak 13 parti komponen Barisan Nasional (BN). Benarkah parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan longlai?
Kehadiran PPBM ke dalam Pakatan Harapan tidak ubah sebagai `penumpang’ dan akan pergi bila tiba masanya.
PPBM hanya dilihat sebagai tempat pemimpin yang gila jawatan dan kuasa sahaja dan bukan ditubuhkan sebagai sebuah parti yang ada matlamat perjuangan.
DAP terpaksa menerima PPBM setelah ketiadaan Pas di dalam Pakatan Harapan. Ini untuk memastikan sokongan Melayu terhadap DAP tidak berkurangan.
Harapan DAP kepada parti serpihan Pas iaitu PAN barangkali `tidak berbaloi’ setelah PAN gagal di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Maka, harapan orang Melayu akan terus bersandar kepada UMNO.
Malaysia, sebuah negara kompleks yang sukar untuk ditadbir kerana dihuni oleh pelbagai kaum dan latar belakang. Tindak tanduk Pakatan Harapan yang meragukan ini sekali gus kurang menyakinkan untuk berfungsi sebagai parti pemerintah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana