Bekas pemimpin 'berubah arah' dijemput ke sambutan Hari UMNO

Bekas pemimpin UMNO yang tidak "berubah arah" dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari UMNO Ke-71 yang dijadual akan diadakan pada 11 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusof berkata UMNO sentiasa mengalu-alukan kehadiran bekas-bekas pemimpin parti yang masih setia dan merestui perjuangan parti.

"Bekas pemimpin UMNO yang tidak berubah arah, bekas ahli majli tertinggi dan exco sayap parti turut dijemput hadir. Penggerak pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) juga dijemput," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Media Sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 di sini pada Khamis.

Menurut Ab Rauf, tiga orang veteran UMNO akan diumum sebagai penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada sambutan parti itu.

"Penerima anugerah itu akan dipilih daripada mereka yang banyak berjasa kepada parti selain memberi perkhidmatan terbaik dalam pembangunan negara," katanya.

Bagaimanapun, Ab. Rauf tidak mendedahkan nama tiga calon untuk anugerah berkenaan.

"Sudah pasti mereka yang banyak berjasa kepada negara dan parti dalam memberi perkhidatan terbaik dalam membina Malaysia.

"Sudah pasti mereka ini adalah yang begitu lama berkhidmat dalam parti dan menyumbang kepada negara sekali gus menjadi kriteria utama untuk diberikan anugerah ini.

"Anugerah ini sudah diberi saringan oleh jawatankuasa untuk dilihat kelayakan dan juga kriteria yang perlu diambil kira sebelum diputuskan oleh majlis pengurusan parti," katanya.

Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa diberikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 semasa Hari Ulang Tahun UMNO Ke-70 pada 12 Mei tahun lepas.

Pengisian program akan tertumpu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 dan 11 Mei dengan pelbagai program dan karnival berbentuk jualan dan hiburan dengan jangkaan kehadiran sebanyak 120,000 pengunjung.

Dalam pada itu tambahnya, mereka yang layak menyertai cabutan bertuah pada malam 11 Mei itu adalah individu yang mendaftar sebagai anggota UMNO dan pemilih selain menghadirkan diri pada acara sambutan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana