AZMIN PERLU PERJELAS ISU LULUSKAN PROJEK RM 30 BILION DI PAYA INDAH WETLANDS

Menteri Besar, Azmin Ali seharusnya menjelaskan sama ada benar atau tidak projek yang bernilai RM 30 bilion yang diluluskan oleh beliau sendiri di kawasan tadahan Air Paya Indah Wetland, Dengkil sebenarnya mempunyai kaitan dengan Pilihanraya Umum nanti.

Pengerusi Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata kawasan itu yang dipelihara sejak zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai permohonan telah dibuat tetapi kerajaan negeri tetap tidak meluluskan.

Jamal berkata projek yang bakal dibangunkan Syarikat Gamuda Berhad telah menelan belanja RM 30 bilion dan setelah 2 minggu mereka membeli tanah ini daripada syarikat asalnya, Azmin Ali meluluskan permohonan tersebut untuk memajukan kawasan ini dijadikan bandar baru.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos berasa kesal dengan sikap Azmin yang meluluskan projek itu sedangkan ia adalah kawasan tadahan air hujan, Mengikut laporan alam sekitar, jika kawasan ini dimajukan akan memberikan kesan di mana berlakunya banjir besar yang teruk di Selangor.

Kawasan Paya Indah Wetland adalah kawasan tadahan air hujan, sekiranya dibangunkan kawasan-kawasan di sekitarnya seperti Putrajaya, Dengkil, Sepang akan terkena tempias dan sekaligus akan mengalami banjir. Dan akhirnya rakyat Selangor juga yang akan menerima musibah dan bala akibat daripada banjir yang melanda kawasan mereka.

Jamal juga menuntut agar Azmin Ali menjelaskan adakah benar desas desus bahawa PKR mendapat habuan RM 3 bilion daripada keseluruhan RM 30 bilion untuk tujuan persediaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Jamal berkata dengan kontrak bernilai RM 30 bilion nilai projek dan sebanyak 10 peratus daripada itu akan disumbangkan kepada kerajaan Pakatan Harapan iaitu sebanyak 3 bilion untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Selangor. Kerajaan Negeri di bawah Azmin Ali sebenarnya ada kaitan dengan PRU yang akan datang untuk mendapatkan RM 3 bilion sumbangan daripada syarikat ini.

Sebelum ini Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard pernah mendedahkan Azmin meluluskan permohonan menukar status tanah di lot 68054, daripada zon pertanian kepada zon pembangunan.

Sama seperti Jamal, Chegubard mempersoalkan mengapa Azmin memberikan kelulusan kepada Gamuda Berhad dalam tempoh yang singkat. Sebelum ini permohonan Azmin ke atas pengezonan semula lot 68054 sudah ditolak oleh empat menteri besar sebelum ini, termasuklah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun begitu Chegubard sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara berkenaan namun sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Azmin Ali meluluskan projek RM 3 bilion di Paya Indah Wetlands adalah untuk mendapatkan dana dan sumbangan daripada Syarikat Gamuda bagi persediaan menjelang Pilihan Raya Umum nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana