Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler

Projek mega pembinaan sebuah bandar baru bernilai lebih RM30 bilion diluluskan oleh kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali di kawasan tadahan air Paya Indah Wetlands.

Mendedahkan perkara itu, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa projek yang bakal dibangunkan Syarikat Gamuda Berhad itu menelan belanja RM30 bilion, namun beliau tidak menyertakan maklumat  lebih terperinci.

" Setelah dua minggu membeli tanah ini daripada syarikat asalnya, Azmin Ali meluluskan permohonan tersebut untuk memajukan  kawasan ini dijadikan bandar baru.

“Kenapa terburu-buru untuk memberikan kelulusan kepada Syarikat Gamuda untuk memajukan  kawasan ini, adakah kontrak bernilai RM30 bilion turut disumbangkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH)," ujarnya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di Paya Indah Wetlands, petang Rabu.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata beliau kesal dengan sikap Azmin, meluluskan projek tersebut sementelah ia adalah kawasan tadahan air hujan.

"Mengikut laporan alam sekitar jika kawasan ini dimajukan maka akan berlaku banjir besar yang teruk di Selangor dan kawasan ini, maka ditolak.

"Kawasan ini adalah kawasan tadahan hujan, maka kita tidak mahu kawasan-kawasan di sekitar ini, di Putrajaya, Dengkil, Sepang mengalami banjir, jadi kalau kawasan seluas 1200 hektar ini, maka rakyat Selangor akan terima musibah dan bala sekali lagi," katanya.

Jamal kemudiannya menuntut Azmin menjelaskan benarkah desas-desus bahawa PKR mendapat habuan RM3 bilion daripada keseluruhan RM30 bilion untuk tujuan persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Adakah dengan kontrak bernilai RM30 bilion nilai projek di sini dan saya dimaklumkan sebanyak 10 peratus daripada itu untuk disumbangkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu sebanyak 3 bilion  untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Selangor .

“Saya yakin kelulusan kerajaan negeri di bawah Azmin Ali ada kaitan dengan PRU yang akan datang iaitu untuk mendapatkan 3 bilion  sumbangan daripada syarikat ini," katanya.

Isu membabitkan Paya Indah Wetlands mula menarik perhatian ramai selepas dibongkarkan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham atau Chegubard sebelum ini mendedahkan Azmin meluluskan permohonan menukar status tanah di lot 68054, daripada zon pertanian kepada zon pembangunan.

Sama seperti Jamal, Chegubard mempersoalkan mengapa Azmin memberi kelulusan kepada Gamuda Berhad, dalam tempoh yang singkat.

Untuk rekod, sebelum Azmin, permohonan pengezonan semula lot 68054 sudah ditolak oleh empat menteri besar sebelum ini, termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim.

Chegubard sudahpun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, namun sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana