AS Hanya Selangkah Berperang Dengan Rusia

Rusia memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa peperangan akan tercetus antara kedua-dua negara jika krisis di Syria tidak ditangani segera.
Malah Mosco menggesa agar mesyuarat tergempar diadakan antara Rusia dan AS susulan tindakan Washington menyerang pangkalan tentera Syria sebagai menghukum tindakan rejim Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia.
Perdana Menteri Rusia, Dimitry Medvedev dalam kenyataannya berkata, serangan AS itu sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa dan memberi amaran bahawa tindakan Presiden Donald Trump meluluskan serangan tersebut hanya 'selangkah' sahaja untuk mencetuskan peperangan dengan Rusia.
Rusia merupakan sekutu kuat Syria dan terlibat dalam operasi ketenteraan di negara Asia Barat itu untuk memerangi kumpulan penentang serta militan Daesh.
Namun Moscow enggan mengulas serangan bom sarin yang dilancarkan oleh tentera Syria pada Selasa lalu, menyaksikan sekurang-kuranngya 80 orang awam terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak.
Susulan tindakan kejam rejim itu, AS melancarkan kira-kira 59 peluru berpandu Tomahawk dari dua buah kapal perang di Laut Mediterranean untuk menghancurkan pangkalan udara tentera Syria.
Serangan AS itu mengundang kemarahan Rusia yang mengerahkan kapal perang dilengkapi peluru berpandu, Admiral Grigorovich ke Syria sebagai mempertahankan sekutu kuatnya.
Kesan tindakan AS itu juga mengundang reaksi berjaga-jaga daripada negara Barat terutamanya Britain yang mengerahkan sebuah kapal selam berkuasa nuklear untuk berkawal di Laut Mediterranean manakala tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) diletakkan dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Ketika rantau Asia Barat itu hampir terjerumus ke kancah peperangan melibatkan negara berkuasa besar, pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Britain, Theresa May menyokong tindakan AS menyerang pangkalan tentera al-Shayrat.
Namun beliau menggesa rundingan diadakan antara pihak terlibat terutamanya AS dan Rusia untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment