Apa pendirian rasmi Pakatan... nak mansuh atau teruskan GST ?

Makin ramai yang keliru dengan sikap dolak-dalik pemimpin Pakatan Harapan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ada yang kata nak mansuh, ada yang kata nak kekal... mana satu ini...?

Pakatan pembangkang itu menyembunyikan sesuatu dan tidak bercakap benar mengenai pendirian mereka berhubung GST.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ketika ini ada banyak pendirian yang dinyatakan pemimpin pembangkang, ada yang menyatakan GST perlu dimansuh dan ada yang mahu dikenakan sifar cukai (zero rated).

Katanya, ini menunjukkan pembangkang tidak mempunyai pendirian tetap mengenainya malah pilihan bagi menggantikan GST juga tidak dinyatakan dengan jelas.

"Pembangkang boleh menjadi popular dengan mengatakan mereka mahu memansuhkan GST sebaik sahaja mereka berkuasa, kita ada projek pembangunan mega yang sedang berjalan, misalnya Lebuhraya Pan Borneo dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Ia satu pembohongan kepada rakyat sekiranya mereka gagal mencari jalan untuk mendapatkan semula hasil yang hilang itu,"

"Ada banyak versi yang kita dengar keluar daripada mulut pemimpin pembangkang mengenai GST ini, ada pihak kata mereka akan mansuhkan, ada yang kata dikekalkan, digantikan dan terbaharu mahu dilaksanakan sifar cukai.

"Kita tidak tahu yang mana satu mereka inginkan dan kerajaan yang bagaimana mahu mereka wujudkan kerana masalah sebegini pun mereka tidak bersatu hati mengenainya.

"Mereka nampaknya tidak konsisten dan tidak membincangkan perkara ini sesama mereka," katanya kepada media selepas menjadi ahli panel pada Bengkel Peringkat Menteri ASEAN 2017 - Mengemudi Halangan Pembangunan Mapan di Universiti Sunway Selasa.

Abdul Rahman mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang menyatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika menang pilihan raya umum akan datang sebaliknya mengenakan sifar cukai untuk GST.

Awal tahun ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Pakatan Harapan dilaporkan berhasrat menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan dan GST, jika berjaya menjadi Kerajaan Pusat pada PRU-14.

Pada minggu lalu pula Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad, menyatakan GST tidak akan dihapuskan kerana "itu mungkin menyebabkan beberapa masalah dengan pembiayaan kerajaan" dan mahu menaikkan cukai korporat menggantikan GST.

Abdul Rahman berkata, pembangkang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sebaliknya perlu mencari alternatif bagaimana mahu meningkatkan pendapatan atau mengekalkan hasil negara.

"Pembangkang boleh menjadi popular dengan memansuhkan GST dan menang pilihan raya tetapi hakikatnya mereka kena akui bahawa mereka menipu rakyat kerana tidak akan dapat bertahan lebih-lebih lagi membangunkan negara ini tanpa GST.

"Rakyat perlu faham, bahawa pembangkang sedang mempermainkan tahap intelektual rakyat mengenai GST," katanya.

Dalam perkara berasingan, Abdul Rahman  membidas kerajaan negeri Pulau Pinang kerana merancang untuk menaikkan tarif air daripada 48 sen kepada RM1 bagi setiap 1,000 liter.

"Kerajaan negeri bertindak bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka sendiri. Sebelum ini, mereka mendakwa Barisan Nasional (BN) bertindak zalim terhadap rakyat Pulau Pinang dan tidak menjaga kebajikan mereka. Lihat apa yang berlaku sekarang.

"Trend dalam penjualan tanah negeri menjadi semakin berleluasa , malah NGO (badan bukan kerajaan) turut menjadi bimbang. Ini menunjukkan kerajaan negeri lemah dalam menguruskan ekonomi," katanya.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif  Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Datuk Jaseni Maidinsa berkata surcaj itu akan memberi kesan kepada kira-kira 126,000 daripada sejumlah 504,400 isi rumah disebabkan masing-masing menggunakan lebih 35,000 liter sebulan.

Jika Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara membenarkan kenaikan itu, ia merupakan kali keempat tarif air di negeri ini dinaikkan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment