Apa masalah dengan DAP, soal Mahfuz kepada PAS

Apa masalah dengan DAP?, itu soalan bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada pemimpin parti itu.

Ujarnya, pemimpin PAS terus-terusan menuding jari kepada DAP kerana bercanggah ideologi dan pemikiran bersabit agenda Islam yang diperjuang selama ini.

"Apa masalah dengan DAP? Kita sering ulang-ulang sebelum ini, kalau DAP tentang Islam, biasalah mereka itu bukan Islam. Yang masalahnya kita berdepan dengan Umno Barisan Nasional (BN).

"Saya kata bahawa, dalam konteks hubungan dengan bukan Islam ini, apa salahnya kita cari satu jalan pendekatan yang boleh membawa mereka itu melihat kebaikan, kebenaran dan keadilan agama  Allah ini," ujarnya dalam satu ceramah yang dimuatnaik portal Malaysia Kini, hari ini.

Mahfuz kemudiannya berkata beliau sejak dari awal tidak bersetuju untuk PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, implikasi daripada memutuskan hubungan dengan DAP itu amat besar hingga menggoyahkan gagasan pembangkang yang selama ini bersatu menentang Umno-BN.

Ini bukan kali pertama Mahfuz mengkritik partinya secara langsung, malah ada beberapa pemimpin PAS meminta bekas naib presiden itu meninggalkan parti.

Pun begitu, Mahfuz enggan dan bertegas akan tetap berada dalam PAS untuk 'menegur' partinya itu.

"Kita tak boleh nak paksa dalam beberapa perkara yang mereka (DAP) tak boleh nak ikut. Apa masalahnya kita nak putuskan hubungan kalau ada perbezaan?

"Dalam konteks kalangan kita orang Islam sekalipun ada perbezaan, sudah tentulah dalam konteks hubungan antara agama Islam dengan bukan Islam, pun ada perbezaan. Sebab itu saya tidak bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP," ujarnya lagi.

DAP dan PAS bertindak memutuskan hubungan sesama mereka selepas bercanggah pendapat mengenai cadangan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Keputusan itu membawa kepada terkuburkan Pakatan Rakyat yang dibina sejak memenangi Pilihan Raya Umum 2008, yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana