Alangkah BAnggangnya DAP Ini!!!!! DUN Perak: DAP hina Zambry kerana isu kutip sampah

Isu sampah sarap adalah isu kebersihan yang diperjuangkan Menteri Besar Perak tetapi rupa-rupanya pembangkang sebaliknya tidak habis-habis bertindak menghina perbuatannya mengutip sampah di beberapa tempat di sekitar bandaraya Ipoh baru-baru ini.

Hal ini bukan saja kedengaran dalam FB ataupun laman-laman yang wakil-wakil rakyat DAP kuasai bahkan turut dibawa ke dalam sidang DUN. Ia seperti ditunjukan wakil DAP Tronoh, yang memperkecil usaha Zambry pada pagi Rabu.

Perlu disebut juga beberapa bulan lalu, DAP Perak seperti bimbang populariti Menteri Besar itu meningkat mendadak menyifatkan tindakan  Zambry  mengutip sampah bersama pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hanya untuk mencari publisiti murahan.

Ini seperti ditegaskan Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming yang berkata, sebagai  Menteri Besar, Zambry sepatutnya mengutamakan kebajikan kakitangan kerajaan khususnya pekerja bawahan  mempunyai pendapatan kurang RM2,000 sebulan.

 “Di bawah pemerintahan Zambry selama 8 tahun, Perak kini merosot menjadi negeri ke-2 paling miskin di seluruh negara, lebih 21% rakyat negeri ini berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, malahan Perak mempunyai jumlah keluarga miskin paling ramai di seluruh negara.”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping itu turut menyelar perbuatan Zambry itu dengan dakwanya bertujuan menipu rakyat, katanya seperti dilapor sebuah portal berita pro DAP.

Menjawab soalan pemberita portal itu, Nga yang sebelum ini menghina MB Perak dengan memanggilnya sebagai ”hitam metalik” berkata, Zambry perlu berhenti bersandiwara dan menjadi bahan ketawa rakyat. Beliau harus mengikut teladan baik kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.”

Ingatkan DAP sedar kritikan begini tidak menguntungkan sesiapa lalu mengambil pendekatan menyokong. Bahkan perbuatan Menteri Besar turun padang membersih kawasan, mengangkat sampah dan memandu lori sampah, meningkatkan motivasi pekerja kolar biru itu.

Tetapi yang menghairankan ialah mereka seperti cemburu dan cuba menimbulkan persepsi negatif seperrti berlaku di sidang DUN hari kedua tadi (Rabu).

Wakil rakyat  dari Tronoh (DAP) bangun menghina perbuatan Zambry dalam melaksanakan tugasan membersih kawasan. Tetapi dijawab Menteri Besar begini: . . . “Silakan, hina saya,  . . .”katanya menjawab tindakan pihak pembangkang yang menyelar tindakan beliau mengutip sampah di sekitar Ipoh.

Secara selamba Zambry berkata, tindakan Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) yang memperkecilkan usaha beliau dengan kenyataan tidak beradab di Sidang DUN Perak adalah dialu-alukan.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada DAP kerana peka dan sensitif terhadap kegiatan saya mengutip sampah, lebih banyak mereka menghina saya lebih banyak lagi orang mencerca tindakan mereka.

“Saya pun hairan, kenapa mereka nak persoalkan tindakan saya dan mengatakan ianya permainan politik pula?

“Kalau mereka yang lakukan bukan pula berunsur politik, apa perbezaan saya dan mereka, semua mempunyai parti politik tersendiri,” katanya dalam sidang media di sini sempena Sidang DUN pada Rabu.

Dr Zambry berkata, pihaknya tidak akan menghalang sebarang hinaan dan prejudis pihak pembangkang yang sebenarnya mempromosikan usaha beliau untuk memastikan kebersihan negeri Perak secara keseluruhannya.

Sementara itu ketika menjawab satu soalan lain, Zambry mengatakan rasa keciwa pihak pembangkang mengulangi semua isu kitar semula di dalam sidang DUN yang dianggapnya sebagai sama sekali tidak relevan.

Katanya tindakan mereka  masih mengutarakan isu kitar semula yang telah dijawab adalah sebagai taktik untuk menarik kepercayaan rakyat. Contoh, isu MB Inc., juga telah dijawab berkali-kali namun masih lagi menjadi persoalan dan dibangkitkan.

“Mereka mempersoalkan audit MB Inc tidak dibentangkan di persidangan DUN Perak sedangkan MB Inc turut wujud di negeri-negeri lain, mereka pun tidak berbuat demikian.

“Bila ditanya kenapa perlu merujuk kepada negeri lain untuk audit berkenaan, bukankah mereka gemar membandingkan kejayaan dan kegagalan Perak dengan negeri lain? Boleh, kalau nak audit, sesetengah perkara di MB Inc diusahakan oleh anak syarikat, kalau mereka nak laporan audit boleh pergi dan minta,” katanya.

Beliau menganggap tindakan  pembangkang mengitar semula kesemua isu tersebut menampakkan seolah-olah MB Inc menyembunyikan sebuah skandal besar.

“MB Inc adalah sebuah perbadanan yang menjana keuntungan dan pulangan buat kerajaan negeri, mengawal ketirisan mineral dan pengurusan pasir kita diiktiraf di peringkat kebangsaan, mungkin mereka berasa tergugat dengan pencapaian ini barulah mereka bertindak mengecam MB Inc,” katanya lagi.

Mengenai isu tanah, Zambry  menyedari tuduhan pemberian tanah seluas 112,000 ekar yang dibawa oleh pembangkang, namun ianya dinyatakan tanpa bukti kukuh.

“Sepatutnya, pihak berkenaan mencari fakta mengenai perkara tersebut sebelum melemparkan tuduha, seolah-olah kerajaan negeri meluluskan sesuatu dengan banyak tetapi tanpa pengurusan hasil yang baik,” katanya.

Kepada satu soalan, Zambry memberi amaran agar tidak ada sesiapa terlibat melindungi sebarang kegiatan jenayah di Perak dan kerajaan negeri katanya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melindungi sebarang kegiatan jenayah.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri berkata, amaran itu adalah jelas dan merangkumi semua pihak, termasuk wakil rakyat, individu, badan-badan kerajaan, organisasi dan pihak swasta.

“Buat masa ini kami tidak menerima sebarang laporan mengenai perlakuan ini, tetapi tegas saya ingatkan, jangan ada pihak melindungi sebarang kegiatan berunsur jenayah atau underground.

“Sekiranya mereka didapati mengganggu dan menggugat keselamatan negeri, maka mereka akan ditangkap pihak berkuasa,” katanya. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai isu yang diulasnya itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana